suria

7 cara mudah, murah hapuskan pepijat di rumah... Lega dah tak perlu tergaru-garu masa tidur

Pepijat suka bersarang di sudut katil. -Gambar hiasan

PEPIJAT merupakan serangga halus yang menggemari tempat lembab dan gelap seperti katil.

Kehadiran pepijat nyata tidak disenangi sesiapa! Mana tidaknya, kulit akan menjadi gatal kemerahan apabila digigit serangga ini kerana sifatnya yang suka menghisap darah.

Memang tidak lena tidur malam!

Jangan risau, melalui perkongsian Haslinda Habe di laman Facebook, ada diberikan beberapa petua mudah untuk menghapuskan pepijat.

Kesan gigitan pepijat pada kulit badan. -Gambar hiasan

Langkah-langkah:

1) Pengering rambut

Pepijat sangat takut pada haba atau suhu panas. Boleh halakan pengering rambut pada celah-celah tilam. Buat sebanyak tiga hingga empat kali.

Namun, kena tahan sedikit bau busuk yang dikeluarkan pepijat. Pastikan tiupkan angin panas dengan teliti ke setiap celahan tilam dan kain cadar untuk menghapuskannya.

2) Gel silica

Gel ini berguna untuk menyedut cecair, tabur di kawasan sarang pepijat untuk menyerap cecair dan pepijat akan mati kerana dehidrasi.

3) Serbuk penaik

Tuangkan serbuk penaik ke dalam mangkuk dan sapu serbuk tersebut ke bahagian yang mungkin didiami pepijat dengan menggunakan berus.

Biarkan selama seminggu sebagai ikhtiar untuk membunuh pepijat dan telurnya.

4) Daun durian belanda

Ini petua orang tua-tua, ambil daun durian belanda dan selitkan pada celah-celah tilam. Katanya haiwan kecil ini alah kepada aroma daun ini. Boleh cuba.

5) Jemur tilam

Angkat dan jemur tilam yang mempunyai pepijat di tengah cahaya matahari terik. Biarkan selama beberapa jam.

6) Semburan serangga

Gunakan semburan penghapus serangga yang banyak dijual di pasar raya.

Sembur dan biarkan seketika. Kemudian ambil penyedut hampagas dan vakum.

Lakukan sebanyak empat sehingga lima kali supaya semua pepijat hilang. Pastikan juga buang sedutan dalam penyedut hampagas kerana pepijat boleh hidup dan merebak jika tidak dihapuskan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain