suria

Irama Sendayan 2 tawar gaya hidup tiada tandingan... Bukan sekadar kediaman, selesa buat komuniti setempat

Perbandaran Matrix Concepts Irama Sendayan 2 di Seremban berjanji untuk menakrifkan semula intipati kediaman. – Lakaran Pelukis

MEMBELI rumah baharu bukan satu transaksi biasa, sebaliknya ia merupakan peralihan gaya hidup yang menandakan satu fasa penting dalam pembangunan kendiri.

Dalam mengejar impian itu, keputusan untuk membeli rumah sebenarnya melangkaui keinginan peribadi kerana kita perlu memastikan setiap aspek penting yang merangkumi keperluan diri dan keluarga dapat dipenuhi.

Perbandaran Matrix Concepts Irama Sendayan 2 di Seremban berjanji untuk menakrifkan semula intipati sesebuah kediaman dengan gabungan harmoni kemewahan moden, reka bentuk yang bijak dan semangat kemasyarakatan yang bertenaga.

Terletak di persimpangan Bandar Sri Sendayan yang sibuk, Irama Sendayan 2 menarik perhatian bakal rumah pemilik apabila keselesaan, kemudahan dan komuniti terjalin dengan lancar.

Menampilkan kediaman mewah, projek komersial, rumah kelab eksklusif dan kawasan hijau, Bandar Sri Sendayan ialah sebuah perbandaran mampan dalam konurbasi besar Lembah Klang - direka untuk berfungsi sepenuhnya dan dilengkapi dengan kemudahan penting untuk kesejahteraan generasi semasa dan akan datang.

Puncak ketersambungan

Dikelilingi kemudahan moden, Irama Sendayan 2 adalah lokasi yang sesuai untuk dipanggil sebagai rumah buat mereka yang mementingkan kehidupan selesa dengan akses mudah kepada keperluan harian dan tempat-tempat transit.

Disebabkan lokasinya yang strategik, penduduk tidak perlu risau untuk bersusah payah menguruskan keperluan harian mereka kerana Irama Sendayan 2 terletak tidak jauh daripada banyak kedai, bank, sekolah dan klinik berdekatan.

Malah, perbandaran ini menawarkan jalinan pantas ke destinasi utama seperti Bandar Sri Sendayan, bandar Seremban, Bandar Enstek, Nilai, Port Dickson dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang jaraknya hanya lebih 30 kilometer (km).

Penghuni juga boleh melakukan lawatan singkat ke Kelab Desa d'Tempat di sekitar Irama Sendayan 2.

Kelab Desa d'Tempat ialah rumah kelab berorientasikan keluarga terbesar di Seremban, menawarkan pelbagai kemudahan di mana pengunjung boleh menikmati kemudahan ala resort.

PIC 2

Kediaman Lenna @ Irama Sendayan 2 mempunyai halaman belakang yang besar, sekali gus berfungsi sebagai latar belakang yang sempurna untuk santai petang bersama keluarga. – Lakaran Pelukis

Lenna @ Irama Sendayan 2

Di sebalik perjalanan pantas dan kemudahan moden, pelancaran presint terbaharu Irama Sendayan 2 – Lenna – mewakili kanvas di mana keluarga melukis impian mereka, mencipta permaidani meriah pengalaman yang boleh dikongsi untuk semua.

Meliputi 3.95 hektar Irama Sendayan 2, Lenna mempunyai akses mudah ke persimpangan sibuk Bandar Sri Sendayan, termasuk rangkaian rumah bersambung dua tingkat yang sesuai untuk keluarga sedang berkembang.

Direka bentuk dengan memberi perhatian teliti terhadap perincian dan dikelilingi oleh landskap hijau yang subur, Lenna menawarkan penduduk ruang di mana kemesraan komuniti mencerminkan keselesaan dalam empat dinding mereka sendiri.

Dilengkapi dengan ruang dalaman yang lapang dan bahagian luar yang cantik, setiap kediaman direka dengan penuh perhatian untuk penghuni mencipta tempat tinggal mereka mengikut kesesuaian masing-masing.

Kediaman Lenna ditawarkan dalam dua jenis unit - Jenis A dan Jenis A1.

>Jenis A mempamerkan kawasan binaan seluas 2,142 kaki persegi, dengan saiz lot 20'x70'.

Reka letak yang digubah dengan teliti ini menampilkan halaman belakang seluas 4 kaki serta dikelilingi dinding bata yang selamat dengan jeriji keluli lembut. Ia bagi memastikan aspek privasi dan keselamatan untuk penghuninya.

>Jenis A1 pula menampilkan saiz kawasan binaan yang sama, tetapi menawarkan saiz lot 20'x75' dan taman persendirian tambahan seluas 5 kaki di belakang rumah. Ia menyediakan kawasan perlindungan luaran yang lebih luas.

Kediaman yang direka dengan teliti ini amat sesuai untuk keluarga kerana kawasan luaran yang luas, melangkaui ruang rumah, menyediakan persekitaran yang ideal untuk mencipta kenangan yang berkekalan dan memupuk semangat kejiranan dalam Irama Sendayan 2.

PIC 3

Irama Sendayan 2 memupuk suasana komuniti bertenaga dengan pelbagai kemudahan komunal dan rekreasi. – Lakaran Pelukis

Retreat untuk rekreasi

Lenna @ Irama Sendayan 2 bukan sahaja mengutamakan keselesaan dan kemudahan tetapi juga memupuk suasana komuniti yang bertenaga, dengan pelbagai kemudahan komunal dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk daripada semua peringkat umur.

Bagi kanak-kanak, terdapat banyak ruang luar yang penuh keseronokan untuk bermain dan penerokaan yang meriah dengan taman permainan kanak-kanak, kawasan permainan dinding, gelanggang badminton dan gelongsor.

Ahli keluarga yang lebih berusia boleh terlibat secara aktif di pelbagai kawasan senaman luaran, serta bersantai di laluan refleksologi.

Menambahkan sentuhan keindahan alam semula jadi, dek pemandangan Irama Sendayan 2 yang menawan dan gazebo yang diletakkan secara strategik turut mewujudkan panorama indah untuk penduduk berehat selepas seharian bekerja.

Gabungan kemudahan yang bernas ini bukan sahaja memastikan pengalaman komuniti yang bertenaga dan inklusif tetapi juga mencerminkan komitmen pemaju untuk memupuk persekitaran hidup yang harmoni dan memperkayakan setiap penduduk.

Untuk maklumat lanjut mengenai Irama Sendayan 2, layari http://www.iramasendayan2.com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain