suria

Rumput pendul mujarab untuk kucing sakit, bantu rawat parvo! Wanita ‘try and error’ tanam di rumah, tak sangka tumbuh segar

Kucing yang sihat memberi kebahagiaan buat pemiliknya. Gambar Facebook Eqin Nusuri

PENYAKIT panleukopenia atau parvo adalah keadaan di mana sel darah putih si bulus berada pada tahap rendah dan ia berbahaya terutamanya untuk anak kucing.

Penyakit ini berpunca daripada virus dan dapat tersebar melalui air liur, air kencing, najis dan air mata.

Kucing jalanan atau kucing peliharaan yang bebas berkeliaran sangat berisiko terkena penyakit ini.

Malah, parvo juga boleh menyebabkan kematian terutamanya bagi kucing yang berusia setahun ke bawah.

Petua

Seorang pengguna Facebook Eqin Nusuri turut berkongsi petua ala kampung untuk merawat kucing yang terkena penyakit parvo dengan menggunakan rumput pendul atau helikopter.

Selain parvo, dia berkata petua itu juga boleh dibuat untuk merawat kucing yang sedang selsema, demam dan tiada selera makan.

rumput 00

Air rebusan rumput yang kelihatan seperti teh.

"Saya tanam dalam pasu sebab saya dan anak-anak bulus duduk rumah tinggi yang susah nak jumpa tanah. Sebenarnya saya try and error saja cabut rumput ni dengan akarnya dari taman berdekatan.

"Lepas tu saya cuba tanam dalam pasu. Tak sangka menjadi dan rumput ini hidup segar. Alhamdulillah. Tak payah susah-susah nak pergi cabut rumput ni dekat taman," ujar wanita itu.

Mengenai cara penyediaannya pula, Eqin berkata rumput itu perlu direbus sehingga airnya bertukar warna seperti teh cair sebelum diberikan kepada si bulus.

"Selalunya rumput ni memang bagus untuk kucing yang tengah sakit. Bila kucing tengah sakit, biasanya tak nak makan. Jadi rumput ni kena rebus dengan api kecil sampai air bertukar warna macam teh cair.

"Suapkan pada kucing bila dah sejuk. Tapi untuk kucing yang sakit, boleh juga makan secara terus tanpa direbus. Seeloknya kita mencegah dari merawat," tulisnya lagi.

Selain itu, ada juga netizen mencadangkan agar pemilik memberikan air kelapa kepada kucing mereka yang terkena jangkitan virus.

Sebagai peringatan, petua ini hanyalah ikhtiar sahaja. Sekiranya kucing jatuh sakit, pemilik perlu membawanya untuk menerima rawatan dengan doktor veterinar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain