suria

Penumpang jangan terjerit-jerit ketika kecemasan... Serangan panik boleh undang musibah

Pemandu dan penumpang perlu kekal tenang ketika berdepan kecemasan. -Gambar hiasan

RISIKO untuk terlibat dalam hal kecemasan atau kemalangan jalan raya tetap ada walaupun anda sudah mengamalkan cara pemanduan yang selamat.

Jika berlaku kecemasan, pemandu dinasihatkan supaya kekal tenang agar kawalan kenderaan dapat dibuat dengan sebaiknya.

Begitu juga bagi penumpang, anda tidak seharusnya menggelabah atau memberi tindak balas berlebihan yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Public Health Malaysia menerusi perkongsian di Facebook memberi peringatan kepada pemandu dan penumpang agar tidak panik ketika berdepan situasi cemas seperti hujan lebat, angin kuat, banjir atau bencana alam lain.

Ini kerana tindak balas berlebihan atau panik boleh menyebabkan gangguan dalam pemanduan yang boleh menyebabkan kemalangan.

Pemandu atau penumpang diminta kekal tenang sekiranya berlaku kecemasan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan jika berada dalam kecemasan:

1. Jangan cetuskan suasana panik sebaliknya perlu kekal bertenang.

2. Bertenang dan lakukan deep breathing (teknik pernafasan).

3. Berhenti jika ada ruang yang selamat.

4. Tidak perlu menjerit.

5. Jangan pegang stereng.

Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang wanita yang merupakan penumpang di sebelah pemandu menggelabah apabila angin lintang berlaku di sebuah lebuh raya.

Menerusi video berdurasi 30 saat yang dikongsikan di media sosial, wanita berkenaan terjerit-jerit ketika suaminya sedang mengharungi situasi cemas ketika hujan lebat diselangi petir.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan agar wanita itu tidur daripada mencetuskan situasi panik yang berlebihan hingga memburukkan lagi keadaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain