suria

Wanita ajar cara kurangkan barang bersepah dalam rumah... Tak susah, buat 6 bulan sekali je!

Terdapat empat langkah mudah boleh dilakukan untuk mengemas rumah.

KEADAAN rumah yang bersepah boleh mengganggu emosi serta aktiviti seharian kita.

Sebaiknya kita lakukan aktiviti sisihan barang atau decluttering sekali dalam tempoh enam bulan.

Dalam konteks susun atur rumah, aktiviti ini membolehkan kita menyingkirkan barang tidak lagi digunakan, rosak, buruk dan sudah tiada keperluan.

Namun masih ramai yang menangguh aktiviti tersebut memandangkan mereka tidak tahu cara untuk memulakan proses declutter ini.

Seorang suri rumah, Lynda Abu Bakar pernah berkongsi langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menyisihkan barang di rumah.

Keadaan sebelum dan selepas ruangan dapur milik Lynda.

1. Pilih kawasan lebih kecil

Mulakan dengan kawasan seperti ruang tamu atau dapur untuk mengemas.

2. Pengasingan barang

Asingkan barang yang tidak sepatutnya berada di ruangan tersebut dengan mengasingkannya ke dalam bekas lain.

Fokus pada satu kawasan yang ingin dikemaskan sahaja.

3. Buang, simpan atau dermakan barang

Jangan ragu-ragu untuk membuang barang yang sudah lama tidak digunakan.

Sediakan satu plastik bersaiz besar lalu masukkan barang tersebut untuk dibuang.

4. Susun atur barang

Pilih satu rak atau almari untuk menyusun atur semua barang yang masih ingin digunakan.

Barang-barang yang sudah tidak diingini ini juga boleh dijual untuk mendapatkan wang.

Menurut Lynda, perkongsiannya ini adalah tidak sesuai untuk dilakukan oleh golongan yang rajin mengemas rumah sepanjang masa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain