HARGA 'raja buah' yang semakin mahal menyebabkan ramai yang sudah mula menanamnya walaupun hanya sepokok. Meskipun mudah ditanam dan tumbuh, namun ada sesetengah pokok yang 'degil' untuk mengeluarkan buah walau sudah mencapai usia matang. Lebih membingungkan apabila pelbagai jenis petua dan baja sudah ditabur, namun tetap tiada hasil. Anda yang mengalami masalah ini bolehlah mencuba tip yang dikongsikan @mama_ieoau di laman TikTok. Menurutnya, kaedah ini telah dilakukan oleh bapanya untuk beberapa batang pokok durian. Campuran yang terhasil daripada gabungan tiga bahan ini. Malah katanya, pokok durian yang baru berusia tiga tahun juga sudah mula berbuah. Cara-cara: 1. Kisar umbut pisang bersama ubi kentang. 2. Kemudian tapis dan ambil airnya sahaja. 3. Campurkan larutan tadi bersama serbuk perasa dan tepung beras. Gaul hingga sebati. 4. Apabila sudah sebati, sapu pada batang pokok seperti sedang mengecat dinding. 5. Biarkan sehingga kering supaya ‘zat’ sebatian tadi meresap masuk dalam pokok melalui kulit. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube