suria

Jubin melekit, langsir berbau hapak? Ini senarai ramuan untuk buat sendiri bahan pembersih di rumah

Haruman rumah kekal lama dan lebih segar dengan pembersih DIY.

TIDAK dinafikan terdapat pelbagai jenis produk pembersih dan pencuci yang lengkap bersama pewangi berada di pasaran.

Malah ia lebih mudah digunakan mengikut keperluan khusus seperti lantai, jubin tandas mahupun perabot.

Bagaimanapun, ada kalanya harga yang ditawarkan tidak setanding hasil kerana masih terdapat kotoran yang sukar ditanggalkan.

Bagi anda yang ingin berjimat dan memastikan rumah sentiasa bersih serta wangi, bolehlah mencuba beberapa cara yang dikongsikan Empunya Tip ini.

1. Elak habuk melekat pada perabot

Anda hanya perlu membancuh satu penutup pelembut fabrik bersama 10 gelas air biasa.

Kacau sehingga sebati, kemudian lap pada permukaan perabot.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

Ruangan dapur yang terbuka menyebabkan bau masakan sering melekat pada langsir  dan perabot rumah

Ruangan dapur yang terbuka menyebabkan bau masakan sering melekat pada langsir dan perabot rumah.

2. Menyegarkan bilik mandi

Meskipun anda sering menggunakan sabun mandian dan syampu yang mempunyai bauan memukau, namun bilik air tetap akan busuk jika tidak dicuci lama.

Untuk memastikan kesegaran kekal berpanjangan, campurkan satu sudu kecil soda bikarbonat bersama satu sudu teh cuka dan segelas air.

Kemudian semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.

3. Mengilatkan lantai rumah

Lantai jenis jubin lebih mudah melekit terutama di bahagian dapur kerana terdapat kesan percikan masakan.

Untuk mengatasinya, anda boleh mencampurkan satu penutup pencuci lantai bersama cuka dan air panas.

Mop seluruh rumah ketika air masih lagi panas supaya kesan kotoran mudah ditanggal.

4. Mewangikan seluruh ruangan rumah

Campurkan satu penutup pelembut fabrik bersama cuka kemudian semburkan ke seluruh rumah.

Gabungan dua bahan ini juga memberi haruman yang segar dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan