suria

Rupanya selama ini salah cara tukar gear! Ini kaedah paling tertib nak elak gearbox cepat rosak

Gearbox yang rosak memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

KERETA automatik sememangnya memudahkan pemanduan kerana anda tidak perlu lagi menekan klac bagi memasukkan gear.

Bagaimanapun, salah satu komponen utama dalam memastikan kelancaran pergerakan kereta ini mudah rosak jika tidak dijaga dengan baik.

Harganya pula bukan kepalang jika ingin digantikan dengan yang baharu.

Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan tiga perkara ini bagi memastikan gearbox automatik tersebut tidak mudah rosak seperti dinyatakan Altimat Auto Garage ini.

1. Ketika berhenti di lampu isyarat

Kebiasaannya pemandu membiarkan gear berada dalam mode pemanduan D dan hanya menekan brek kereta sementara menantikan lampu isyarat bertukar hijau.

Untuk pengetahuan anda, cara tersebut akan menyebabkan terdapat beban pada gearbox.

Oleh itu, anda perlu menukar gear kepada 'N' dan menarik brek tangan sementara menunggu lampu hijau.

Kerosakan gearbox berpunca daripada cara pengendalian kenderaan. -Gambar hiasan

Kerosakan gearbox berpunca daripada cara pengendalian kenderaan. -Gambar hiasan

2. Semasa parkir di kawasan curam atau berbukit

Disebabkan berada di kawasan curam dan berbukit, ramai yang berasa takut sekiranya kenderaan tiba-tiba bergerak atau menggelongsor.

Maka ramai yang menekan brek dan terus memasukkan gear ke mode parking 'P'.

Amalan tersebut juga antara punca gearbox anda cepat rosak disebabkan bebanan yang diakami.

Bagi mengatasi situasi tersebut, anda hanya perlu menekan brek kaki dan masukkan gear ke N terlebih dahulu.

Kemudian tarik brek tangan dan lepaskan brek kaki supaya keadaan stabil.

Seterusnya, masukkan gear ke P supaya beban ketika berada di kawasan curam atau berbukit itu dilepaskan kepada brek tangan.

3. Ketika melalui kawasan curam atau berbukit

Keadaan laluan yang menurun menyebabkan pemandu akan sentiasa menekan brek bagi memperlahankan kenderaan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan gear yang rendah atau S mahupun 1 dan 2.

Jika anda tidak membiasakan penggunaan tersebut dan sentiasa menekan brek ketika menuruni bukit, dibimbangi brek pad semakin haus dan terbakar kerana panas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan