suria

Niat menabung selalu gagal, banyak gangguan... Ini kaedah paling berkesan, mesti tak rasa terbeban

Perancangan kewangan perlu dilakukan untuk mengetahui kadar perbelanjaan dan simpanan. -Gambar hiasan

PELBAGAI tip tabungan dan kaedah menyimpan wang disiarkan di laman sosial, namun masih ramai yang gagal menguruskan kewangan dengan baik.

Malah ada yang dibebani hutang ratusan ribu ringgit sehingga akhirnya diisytiharkan muflis.

Bagi anda yang masih tercari-cari kaedah menyimpan yang bersesuaian, bolehlah menggunakan cara mudah dari laman Better Money Habits ini.

1. Rekod setiap perbelanjaan

Pastikan anda mencatat setiap sen yang dikeluarkan semasa berbelanja termasuklah secawan kopi berjenama setiap pagi.

Jangan lupa untuk masukkan rekod bayaran pinjaman setiap bulan seperti pinjaman peribadi, kereta, perumahan dan kad kredit.

Kemudian, kategorikan setiap perbelanjaan tersebut bersama amaun keseluruhannya.

Tetapkan matlamat supaya dapat membuat simpanan secara konsisten. -Gambar hiasan

Tetapkan matlamat supaya dapat membuat simpanan secara konsisten. -Gambar hiasan

2. Masukkan simpanan dalam bajet perbelanjaan

Daripada jumlah duit yang telah dibelanjakan setiap bulan, anda boleh mengetahui berapa lebihan pendapatan yang ada.

Lebihan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa kategori simpanan seperti tetap, kegunaan kenderaan mahupun kecemasan.

3. Cari jalan untuk kurangkan perbelanjaan

Jika anda mendapati lebihan wang simpanan tidak mencukupi untuk tabungan, cuba kurangkan perbelanjaan yang tidak berfaedah seperti makan di luar, menikmati kopi mewah setiap pagi mahupun keahlian gymnasium dan subsciption permainan video.

Lupakan seketika pembelian barang yang tidak perlu seperti pakaian, alat kosmetik, sport rim dan sebagainya.

Menabung wang syiling adalah salah satu cara menyimpan yang efektif.

Menabung wang syiling adalah salah satu cara menyimpan yang efektif.

4. Tetapkan matlamat simpanan

Salah satu cara terbaik dalam menabung adalah menetapkan sasaran sama jumlah simpanan mahupun tempoh menabung.

Contohnya kenapa anda perlu menabung, sama ada untuk simpanan hari tua, majlis perkahwinan yang gah atau untuk melancong.

Dengan cara ini, anda tidak lagi tersasar dan perlu berdisiplin sahaja.

5. Sentiasa melihat progres simpanan

Apabila melihat progres simpanan, pasti anda akan lebih bersemangat untuk menabung.

Ia bukan sahaja membantu anda meneliti perbelanjaan tetapi membantu menyelesaikan sebarang masalah yang dihadap dengan cepat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan