suria

Cara tanam pokok betik supaya tumbuh renek tapi berbuah lebat... Senang tuai hasil!

Pokok betik akan tumbuh rendah dan berbuah banyak. -Foto TikTok Ilham Bina

POKOK betik merupakan antara tumbuhan berbuah yang mudah hidup selepas biji benihnya disemaikan.

Namun kebiasaannya, pokok betik akan tumbuh tinggi sehingga buahnya sukar diambil dan rosak.

Bagi anda yang ingin mengekalkan tanaman betik di rumah, cuba lakukan cara yang dikongsikan Ilham Bina di laman TikTok.

Bukan sahaja pokok betik tumbuh rendah, malah buahnya juga semakin lebat dan besar.

Cara lakukannya:

1. Potong pokok betik sehingga ke pangkalnya.

2. Kemudian, potong baji pada bahagian tepi pokok tersebut.

3. Ambil keratan pucuk betik muda dan potong serong pada bahagian bawahnya.

4. Gabungkan pucuk betik berkenaan pada bahagian tepi pokok yang dipotong baji.

5. Lilit bahagian pangkal yang digabung tadi dengan plastik jernih supaya kesan potongan tidak mudah terbuka.

6. Seterusnya balut pokok tadi dengan plastik jernih supaya proses cantuman boleh berlaku secara semulajadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain