PAKAIAN untuk tujuan rasmi seperti kemeja lengan panjang kebiasaannya perlu diseterika bagi mengurangkan kedut pada fabrik. Namun aktiviti menggosok pakaian ini sering dianggap renyah oleh kebanyakan individu kerana prosesnya harus diulang-ulang selain suhu panas menyebabkan seseorang itu bermandi peluh. Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh @amir6917, dikongsikan satu kesilapan lazim ketika proses seterika yang mengakibatkan pakaian sukar untuk hilang kedutnya. Untuk makluman, Amir merupakan seorang pakar dalam industri jahitan yang kerap memberikan tunjuk ajar di media sosial. Ayuh kita ikuti perkongsiannya dan cuba perbaiki teknik seterika pakaian selepas ini! Cara menggosok pakaian 'ekspres' yang tidak disarankan. 1) Teknik salah Menurut Amir, ramai antara kita yang memegang seterika dan kemudiannya menggosok laju pada pakaian. "Kalau gosok laju-laju macam ni, sampai kiamat pun tak akan lurus (licin) baju awak," ujar Amir berseloroh. Proses menggosok pakaian perlu diberikan perhatian teliti. 2) Teknik betul Amir setersunya menunjukkan cara seterika pakaian yang lebih efisien. "Kita kena ingat, haba dari seterika memerlukan masa untuk melicinkan baju. Kalau awak gosok laju-laju, baju tu susah nak lurus. "Cara yang sebetulnya, tekan seterika dengan perlahan ke atas pakaian dan kemudiannya baru tarik. Bagi masa untuk haba tu diserap. Tak perlu terburu-buru, biar santai," jelas Amir. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga kagum dengan pendedahan tersebut. "Wah, maksudnya selama ni berpuluh tahun saya tersalah seterika pakaian la. Terima kasih daun keladi, baru tahu! "Tapi jangan terlalu lama sangat tekap seterika tu, takut nanti terus terbakar baju. Kena pandai agak untuk menyekatakan haba," ujar sebahagian pelayar. - Amir Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube