suria

Handphone kerap ‘hang’, anda mungkin tersilap buat 4 perkara ini

Telefon pintar perlu digunakan dengan cara yang betul untuk mengelakkan kerosakan. -Gambar hiasan

TELEFON pintar ada kalanya tiba-tiba 'hang' (berhenti berfungsi) sehingga anda tidak boleh menekan apa-apa punat.

Kejadian ini boleh menimbulkan kesulitan apatah lagi jika sedang melakukan urusan penting menggunakan telefon bimbit tersebut.

Ada beberapa faktor yang mungkin menjadi punca kepada berlakunya situasi seperti ini.

Ayuh kita lihat dan lakukan perubahan sewajarnya.

1) Lambakan aplikasi aktif di latar belakang

Apabila anda selesai menggunakan suatu aplikasi, jadikan ia satu amalan untuk terus menutupnya dengan lengkap.

Jangan biarkan ia terbuka begitu sahaja kerana boleh membebankan sistem pemprosesan telefon pintar anda.

2) Aplikasi yang tidak dikemaskini

Perisian atau aplikasi yang sudah lama tidak dikemaskini boleh 'makan' banyak tenaga untuk ia berfungsi sekali gus membuatkan telefon pintar anda menjadi panas dan lembab.

Pengemaskinian perisian yang terbaharu dapat memastikan kelancaran dan kecekapan sistem telefon pintar anda.

Aplikasi dalam telefon pintar perlu dikemaskini secara berkala. -Gambar hiasan

3) Gunakan pengecas berkualiti

Pengecas atau kabel murah bukanlah alternatif yang baik. Kualiti yang rendah boleh menyebabkan telefon pintar menjadi cepat panas apabila dicas.

Suhu telefon pintar yang tinggi bermaksud peranti juga senang untuk menjadi kelam-kabut atau haywire.

Amat disarankan untuk menggunakan pengecas dan kabel daripada jenama yang dipercayai.

4) Kurangkan kecerahan skrin

Skrin yang cerah bermaksud penggunaan tenaga telefon pintar juga akan menjadi tinggi dan suhu peranti akan meningkat.

Penggunaan tenaga yang sarat boleh mengganggu kecekapan sistem telefon pintar anda.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain