suria

Gambar media sosial dicuri, disalah guna untuk tujuan jahat? Peguam kongsi 7 cara ‘ajar’ penjenayah siber

Kita perlu berhati-hati untuk mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengeksploitasi kandungan di media sosial untuk tujuan jahat. -Gambar hiasan

DALAM zaman media sosial ketika ini, setiap perkongsian kita pasti menjadi perhatian kenalan, pengikut ataupun netizen di alam maya.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan ada segelintir daripadanya yang berniat jahat dengan cuba mengambil kesempatan ke atas apa jua hantaran kita di media sosial.

Paling membimbangkan, terdapat kes kecurian gambar oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan, sebagaimana yang dialami seorang pengguna Facebook ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam kongsi 6 langkah ‘ajar’ majikan tak bayar gaji pekerja, berbulan-bulan tak carum KWSP

Menurut individu itu, beberapa gambarnya diviralkan di Telegram untuk menarik orang ramai menyertai pelaburan yang diiklankan di platform berkenaan. Siapa yang tidak risau, bukan?

Bagi mereka yang mungkin sedang berdepan dengan situasi sama, berikut merupakan tujuh langkah yang boleh diambil untuk menangani situasi ini sebagaimana perkongsian seorang peguam, Rizlan Ghazali Chewan.

1. Laporan polis

- Langkah pertama yang perlu dibuat adalah laporan polis. Pastikan anda menyimpan salinan laporan tersebut sebagai rujukan.

2. Maklumkan kepada pihak berkuasa lain

- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM): Laporkan penyalahgunaan tersebut kepada SKMM. Mereka boleh membantu untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan data peribadi di platform digital.

- Bank Negara Malaysia (BNM): Maklumkan kepada BNM tentang penipuan pelaburan yang menggunakan identiti anda. BNM boleh mengambil tindakan untuk mencegah penipuan kewangan.

pic 2

Selain laporan polis, mangsa dinasihatkan untuk segera menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan. -Gambar hiasan

3. Maklumkan kepada pihak berkenaan di Telegram

- Laporkan kepada Telegram mengenai penyalahgunaan gambar dan kad pengenalan anda. Anda boleh menggunakan fungsi laporan dalam aplikasi atau menghubungi sokongan pelanggan Telegram.

4. Pantau aktiviti Kewangan Anda

- Periksa penyata bank dan transaksi kewangan anda secara berkala untuk memastikan tiada aktiviti mencurigakan. Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada bank anda segera.

5. Sebarkan amaran

- Beritahu rakan, keluarga, dan kenalan anda mengenai penipuan tersebut untuk memastikan mereka tidak terpedaya. Anda juga boleh membuat kenyataan di media sosial untuk memberi amaran kepada orang ramai tentang penipuan ini.

6. Kemas kini maklumat peribadi

- Jika bimbang maklumat peribadi anda telah terdedah secara meluas, pertimbangkan untuk mengemaskini maklumat keselamatan di akaun bank dan perkhidmatan lain yang menggunakan kad pengenalan anda.

7. Dapatkan nasihat undang-undang

- Jika anda memerlukan bantuan lanjut, pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat daripada peguam yang berpengalaman dalam undang-undang siber dan privasi.

Kesimpulannya, jangan berlengah dan segeralah ambil tindakan yang tegas.

Dengan mengambil langkah-langkah yang disarankan, anda dapat melindungi diri daripada kerugian lanjut serta membantu mencegah orang lain daripada menjadi mangsa penipuan. Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain