BAGI mereka yang gemar memasak, sudah pasti tidak dapat lari daripada masalah ini - bau hanyir ikan. Setiap kali selepas menyiang ikan, bau hanyirnya masih 'melekat' pada tangan biarpun sudah dicuci menggunakan sabun berkali-kali. Jangan risau, mStar kongsikan petua untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan dengan mudah, menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je! 1. Cuka dan garam Cuka mempunyai sifat keasidan yang lebih kurang sama seperti jus lemon. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir. Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, campurkan cuka dan garam terlebih dahulu sebelum disapu pada tangan. Biarkan selama 1 minit sebelum dibilas dengan air suam. Serbuk kopi yang disapukan pada tangan membantu menghilangkan bau hanyir ikan. -Gambar hiasan 2. Serbuk kopi Pastikan anda menggunakan serbuk kopi yang masih belum digunakan lagi. Caranya mudah saja! Sapukan dua atau tiga sudu besar serbuk kopi pada tangan dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buang tangkai... Rupanya ini cara nak simpan cili supaya tahan lama, boleh tahan berbulan-bulan 3. Jus lemon Perah hirisan lemon untuk ambil jusnya. Campurkan sedikit soda bikarbonat ke dalam jus lemon. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada tangan yang berbau hanyir dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air sehingga bersih. Jus lemon yang bersifat asid membantu menghilangkan bau hanyir. -Gambar hiasan 4. Sos tomato Tuangkan sos pada tapak tangan anda. Kemudian, sapu dan gosokkan sos tomato tersebut pada seluruh tapak tangan. Biarkan selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum membilas. 5. Daun ketumbar Daun ini sangat terkenal khususnya sebagai pelengkap masakan ala Thai kerana aromanya yang menusuk hidung. Ambil sedikit daun ketumbar dan terus gosokkan atau tenyeh pada pada tangan anda. Bilas tangan selepas bau hanyir hilang. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube