KURANG sebulan sahaja lagi temasya Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung dan bahangnya sudah kian terasa.
Semestinya setiap negara yang mengambil bahagian kini sudah bersiap siaga dari pelbagai aspek, terutamanya persiapan kontinjen bagi menghadapi temasya berprestij di dunia yang dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kecewa tengok pakaian kontinjen Malaysia, memalukan atlet... Menteri kata KBS tak campur tangan
Selain barisan atlet, antara perkara yang menjadi perhatian ramai adalah pakaian rasmi yang akan digayakan oleh setiap kontinjen kelak.
Pada Ahad, bertempat di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melancarkan pakaian rasmi kontinjen negara ke Paris yang terdiri daripada baju berkolar, baju T dan jaket.
Sejak pelancaran itu, media sosial 'meriah' dengan maklum balas netizen berhubung rekaan pakaian rasmi berkenaan.
Atlet Olimpik dan Paralimpik yang bakal beraksi di Paris, Julai depan.
Berikut merupakan fakta mengenai pakaian rasmi Kontinjen Malaysia:
- Pakaian rasmi Kontinjen Malaysia disediakan oleh Yonex Sunrise Malaysia yang mempunyai kontrak selaku penaja rasmi MOM
- Rekaannya diluluskan oleh Lembaga Pengarah MOM yang mengambil inisiatif menggunakan reka bentuk baharu khas bagi temasya di Paris nanti
- Bertemakan warna hitam dan emas, digabungkan dengan unsur jalur Harimau bagi mencerminkan usaha Malaysia yang tidak berputus asa mengejar pingat emas yang sukar dicapai di Sukan Olimpik.
- Yonex Sunrise telah menyediakan pakaian rasmi pasukan untuk MOM di semua temasya pelbagai sukan bermula dengan Sukan SEA ke-31 Vietnam 2021
Bagi menyemarakkan lagi semangat menantikan berlangsungnya temasya ini, mStar membawa anda mengimbas kembali set rasmi baju atlet Malaysia dalam beberapa edisi Sukan Olimpik sebelum ini.
Olimpik 2008, Beijing
Olimpik 2012, London
Olimpik 2016, Rio de Janeiro
Olimpik 2020, Tokyo
Olimpik 2024, Paris
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube