SELAIN pisang goreng, satu lagi sajian menu minum petang yang menjadi favourite ramai adalah cempedak goreng. Memang 'padu' jika dimakan panas-panas bersama air teh atau kopi 'O'. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita senyum lebar mangga gemuk, berbuah lebat sampai patah dahan! Rupanya guna tip ‘mat salih’ Tapi seiring dengan peredaran masa, harga seulas cempedak goreng pun boleh tahan 'kerasnya', malah ada gerai yang menjual dengan harga RM1.00 hingga RM1.50 seulas. Beruntungnya sesiapa yang ada menanam pokok cempedak... tiap-tiap petang boleh buat cempedak goreng. Bercakap pasal buah cempedak, kali ini mStar kongsikan tip untuk melebatkan buah cempedak dan juga cara menghasilkan buah yang lebat di pangkal, sebagaimana perkongsian seorang pengguna Facebook, Mior Zailan. Dahan kecil perlu dicantas agar ia menghasilkan tunas. -Gambar FB Mior Zailan "Pokok tinggi, kita nak bagi ia berbuah lebat di bawah. Caranya, di tempat yang ada bonjol, kita kena potong. Nanti setiap bonjol tu akan keluar tunas. "Begitu juga dahan-dahan kecil di bawah, kita potong. Bila kita potong atau cantas, ia akan mengeluarkan tunas. "Kalau kita biarkan dahan panjang, tak akan keluar tunas. Di bahagian tunas inilah, putik buah akan keluar. "Cantas sehingga ke atas. Mana yang tinggi, kita kena guna tangga. Insya-Allah nanti pokok akan berbuah lebat hingga ke pangkal," ujarnya. Menurutnya lagi, cara berkenaan sudah dipraktikkan sebelum ini dan hasilnya memang 'menjadi'. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube