suria

Defrost ikut teknik tukang masak! Guna 2 bahan, daging beku lembut dalam masa 10 minit

Daging yang dikeluarkan daripada peti sejuk dinyahbeku kurang 10 minit. -Gambar IG Rizal Tomyam

MEMANDANGKAN ketika ini musim Hari Raya Aidiladha, sudah pasti ramai dalam kalangan kita mempunyai stok daging korban di dalam peti ais.

Memang sedap jika dibuat sup, rendang atau sekadar goreng kunyit, tapi yang lecehnya apabila ia perlu dinyahbeku atau defrost terlebih dahulu.

Kalau terlupa untuk keluarkan daging lebih awal, alamatnya terpaksalah tunggu berjam-jam lamanya lebih-lebih lagi jika tiada microwave.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka boleh lumur sos tiram je! Abang kedai tomyam kongsi tip jika terkena minyak panas, siap buat demo

Namun, perkongsian tip oleh seorang tukang masak yang dikenali sebagai Rizal Tomyam di TikTok pastinya membantu memudahkan tugas suri rumah selepas ini.

Cara-caranya:

1. Masukkan daging beku ke dalam bekas atau besen yang berisi air biasa

2. Tuangkan kira-kira tiga hingga empat sudu cuka

DEFROST 2

Cuka dan garam diperlukan untuk menyahbeku daging.

3. Masukkan pula garam dengan nisbah yang sama

4. Biarkan daging terendam dalam larutan tersebut sekitar tujuh hingga 10 minit

Hasilnya, daging menjadi lembut dalam masa 10 minit!

Oh ya, daging tadi perlu dibasuh dahulu sebelum dimasak.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain