KITA bakal menyambut Aidiladha tidak lama lagi. Pastinya masing-masing sudah mula sibuk di dapur bagi menyediakan juadah serta mengemas rumah untuk menerima kehadiran tetamu. Ada yang sibuk menukar sarung kusyen, membersihkan halaman, menyusun atur perabot, memasang langsir dan sebagainya. ARTIKEL BERKAITAN: Mahu rumah berbau harum dan segar seperti hotel? Tak perlu modal tinggi, buat sendiri guna 2 bahan je Bercakap mengenai langsir, ia menjadi salah satu 'penyeri' rumah lebih-lebih lagi di ruang tamu. Tidak kisah apa material serta warnanya sekali pun, yang penting langsir perlu kelihatan kemas bagi menambahkan lagi seri kediaman. Sakit mata rasanya jika ternampak susunan langsir menggelembung dan tidak sama besar pada bahagian eyelet. Cawan pakai buang plastik atau kertas digunakan untuk dimasukkan pada rod langsir. -Gambar FB Lia Johari Jangan risau, apa kata anda ikut tip mencantikkan gelembung eyelet langsir sebagaimana perkongsian seorang pelayar Facebook, Lia Johari. Mudah je! Hanya satu bahan yang diperlukan iaitu cawan pakai buang (kertas atau plastik) Cara-caranya: 1) Cawan pakai buang dibelah dua pada bahagian tepi. Tapi jangan terputus 2) Bahagian bawah cawan perlu ditebuk dalam bentuk bulat mengikut saiz rod langsir 3) Kemudian masukkan cawan pada rod di belakang gelembung langsir. Cawan ini bertindak seperti 'curtain divider' Langsir tidak lagi menggelembung dan bertambah kemas. -Gambar FB Lia Johari 4) Hasilnya, susunan langsir anda lebih kemas dan cantik! Bagi yang mempunyai langsir jenis eyelet, bolehlah cuba trick yang dikongsikan ini. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube