suria

Semak 6 perkara ini jika anda miliki kereta usia lebih sedekad... Risau ‘timing belt’ putus tengah jalan!

Kereta yang berusia lebih sedekad perlu diberi perhatian kerana cenderung mengalami kerosakan. -Gambar hiasan

JIKA manusia pun boleh jatuh sakit, begitu juga dengan barang yang mempunyai tempoh hayatnya.

Sebagai contoh, kereta yang berusia melebihi sedekad sudah tentu mengundang kerosakan di sana sini.

Memang 'sakit' rasanya apabila terpaksa mengeluarkan wang sehingga mencecah ribuan ringgit demi membaiki kerosakannya, lebih-lebih lagi jika kenderaan itu digunakan untuk mencari rezeki.

Bagi pemilik kenderaan khususnya yang sudah berusia belasan tahun, anda perlu sensitif dan peka dengan sebarang 'rasa yang lain' pada kereta, supaya dapat mengelakkan dompet anda 'menangis'.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertahun-tahun pandu kereta tapi masih salah guna aircond! Rupanya kena ubah 4 benda ni dulu

Berikut adalah enam perkara yang perlu diberi perhatian, sebagaimana perkongsian lelaki bernama Fadil Mohd Yusof ini:

1) Radiator top cover

- Radiator sekarang bukan semuanya besi, ada bahagian dibuat dengan plastik.

Setiap tiga hingga empat tahun, sebaiknya tukar bahagian penutup plastik. Saya pernah bertangguh untuk tukar penutup plastik tersebut dan akibatnya ketika memandu dengan kelajuan 120km/h, penutup plastik radiator tiba-tiba pecah.

Mujur hanya perlu lakukan 'top overhaul'. Jika nasib tak baik, perlu tukar enjin.

rosak 2

Sistem penghawa dingin juga perlu diservis mengikut tempoh tertentu. -Gambar hiasan

2) Timing belt & air-cond belt

- Perlu tukar ikut saranan pengeluar. Biasanya setiap 100,000 km. Biarpun batuan (mileage) belum sampai 100,000km namun usia kereta sudah hampir sedekad, sebaiknya tukar.

Bayangkan sekiranya putus di tengah jalan, kos yang tinggi perlu dikeluarkan.

3) Minyak power steering & minyak brek

- Tukar setiap lima tahun sekali atau apabila kita perasan minyak sudah bertukar warna merah kehitaman. Warna asal kuning cair.

4) Sistem penghawa dingin

- Sebaiknya buat full service dua atau tiga tahun sekali.

5) Minyak gear box

- Tukar setiap 40,000 hingga 80,000 km, atau mengikut saranan pengeluar.

Jika tidak sampai batuan, tukar setiap dua atau tiga tahun sekali.

Pics for story on tow truck. AZMAN GHANI / The Star

Jangan lupa mengambil pakej 'unlimited towing' sebagai langkah persediaan. -Gambar hiasan

6) Ambil unlimited towing ketika perbaharui insurans

- Lazimnya hanya perlu tambah dalam RM100 daripada jumlah insurans asal. Apabila pandu kereta lama, kita tidak tahu bila kereta akan rosak.

Dengan unlimited towing, kita tidak perlu risau jika kereta rosak di tengah jalan. Hati pun tenang, tidak perlu risau fikirkan kos tarik kereta.

Jika tidak mahu pening kepala, beli sahaja kereta baru. Semuanya tip-top dan sekurang-kurangnya, tidak perlu pening kepala untuk baiki kerosakan kereta. Hanya perlu hadap bayaran ansuran bulanan.

Apa pun, semuanya bergantung kepada pilihan dan 'poket' masing-masing. Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain