suria

Urusan renew lesen secara online sangat mudah... Ada 6 langkah, selepas 15 minit dah siap!

Urusan pembaharuan lesen memandu lebih mudah dengan MyJPJ. -Gambar hiasan

UMUM mengetahui mulai 1 Februari lalu, pemandu kereta persendirian boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu secara dalam talian di aplikasi MyJPJ.

Inisiatif ini ternyata memberi kemudahan kepada pengguna, sekali gus meningkatkan pengadaptasian penggunaan digital.

Lebih menarik, pembaharuan lesen memandu digital (e-LMM) melalui aplikasi MyJPJ atau di kaunter-kaunter JPJ akan mendapat rebat sebanyak RM5.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin senang nak perbaharui cukai jalan, guna aplikasi MyJPJ je... Paling menarik ada rebat RM5!

Mungkin ada dalam kalangan kita yang masih kurang arif mengenai cara memperbaharui lesen memandu secara dalam talian.

Tak susah pun... hanya beberapa langkah sahaja, lesen memandu siap diperbaharui dalam tempoh yang singkat.

Oh ya, jika anda merupakan pengguna kali pertama, anda perlu memuat turun aplikasi MyJPJ dan mendaftar terlebih dahulu.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memperbaharui lesen memandu secara online:

1. Log masuk ke aplikasi MyJPJ.

2. Tekan Pembaharuan Lesen Memandu.

lesen 3

3. Pilih jenis lesen iaitu Lesen Memandu Kompeten.

4. Pilih tempoh lesen: Minima satu tahun, maksimum 10 tahun.

5. Tekan Ya jika memilih mod digital. Jika sebaliknya, tekan Tidak.

6. Bayar menggunakan kad kredit atau debit sahaja. Tekan bayar. Masukkan butiran kad yang diperlukan.

lesen 2

7. Terima lesen memandu baharu anda dalam bentuk digital.

Mudah bukan? Tak perlu keluar rumah, jimat masa dan tenaga.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain