suria

Jangan malas, ini sebabnya kenapa anda perlu kerap ‘restart’ telefon pintar... Buat seminggu sekali lagi bagus

Pengguna disarankan untuk restart telefon pintar seminggu sekali untuk mengelakkan ia digodam.

BILAKAH kali terakhir anda restart telefon pintar?

Restart atau mematikan dan menghidupkan semula telefon pintar hanya mengambil masa sekitar beberapa minit, namun begitu ia adalah sesuatu yang sangat jarang kita lakukan.

Lazimnya, pengguna hanya akan restart apabila telefon pintar mereka mengalami situasi seperti lagging, screen freeze dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun, agensi perisikan kerajaan Amerika Syarikat iaitu Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) menyeru pemilik telefon pintar untuk restart telefon pintar masing-masing sekurang-kurangnya sekali seminggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main letak saja! Jauhi 'handphone' anda dari 3 tempat ini

Menurutnya, perkara tersebut dapat membantu melindungi peranti daripada percubaan penggodaman tertentu.

Sebagai contoh, pencerobohan atau serangan malware (malicious software) melalui spear phishing (penjenayah menyamar sebagai individu tertentu) dan zero-click exploits (jenis serangan siber canggih yang beroperasi tanpa memerlukan sebarang interaksi langsung daripada pengguna sasaran), boleh dihalang dengan restart peranti secara manual.

Namun bukan dengan restart sahaja yang boleh dilakukan untuk memastikan telefon pintar anda selamat.

pic 1 new

Penggunaan wi-fi awam meningktkan risiko telefon pintar digodam. -Gambar hiasan

Berikut adalah beberapa tip berguna bagi memastikan peranti anda dilindungi, sebagaimana saranan NSA:

1) Install sebarang updates (kemas kini) secepat mungkin.

2) Nyahaktifkan wi-fi dan Bluetooth jika tidak menggunakannya.

3) Elakkan menggunakan rangkaian wi-fi awam.

4) Jangan kunci telefon anda dengan kata laluan mudah.

5) Elakkan klik pada tetingkap (pop-up) yang muncul tanpa dijangka yang menggesa anda memasang (install) apa jua aplikasi. Jika itu berlaku, tutup semua program aktif anda.

Berikut pula merupakan beberapa tip tambahan untuk melindungi telefon pintar anda daripada penceroboh:

1) Jangan simpan maklumat peribadi, dokumen atau fail pada telefon pintar

2) Hadkan bilangan foto geotag dalam kamera-roll. Pindahkan imej dan dokumen ke komputer

3) Hapuskan e-mel sulit berkaitan kewangan, majikan dan akaun berkaitan kesihatan dalam telefon pintar

4) Elakkan berkongsi maklumat yang boleh mendedahkan tentang diri anda di rangkaian media sosial seperti alamat, lokasi pejabat, nombor telefon, nama keluarga dan sebagainya

5) Elakkan klik pautan dalam e-mel promosi, membuka lampiran yang mencurigakan, atau melaksanakan kemas kini aplikasi yang diminta melalui e-mel. -DPA

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain