suria

Kucing tak sihat, terkena Parvo... Segera buat air penawar rumput helikopter, ikut saja kaedah ini

Air rebusan rumput helikopter dikatakan mampu merawat kucing yang dijangkiti parvo. -Gambar hiasan

KUCING juga sama seperti manusia yang terdedah kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan.

Salah satu penyakit yang sangat sinonim dengan si bulus adalah panleukopenia atau parvo, di mana ia berisiko menyebabkan kematian.

Penyakit ini berpunca daripada virus dan tersebar melalui air liur, air kencing, najis dan air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumput pendul mujarab untuk kucing sakit, bantu rawat parvo! Wanita ‘try and error’ tanam di rumah, tak sangka tumbuh segar

Jadi sekiranya anda mengesan si bulus menghidap simptom parvo, cepat-cepat sediakan air penawar sebagaimana yang dikongsikan di Facebook, Dunia Kucing Gelandangan.

Bahan utama yang digunakan adalah rumput helikopter atau rumput pendul.

jj

Rumput helikopter yang tumbuh meliar. -Gambar hiasan

1. Pilih rumput helikopter yang ada bulat putih di tengahnya dan cabut sekali dengan akar

2. Buang tanah pada akar dan cuci bersih rumput

3. Potong pendek dan masukkan ke dalam periuk bersama air

4. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk dan warnanya bertukar keperangan

5. Tus dan ambil airnya saja

6. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk

A closeup wide shot of an adult old domestic cat laying on the wooden porch and looking at the camera

Air rebusan rumput helikopter juga boleh diberikan kepada kucing yang tidak aktif atau kurang selera makan. -Gambar hiasan

Untuk memberikan air penawar ini kepada si bulus, suapkan kira-kira setengah picagari (syringe) setiap hari.

"Baik untuk sakit Parvo, selsema, kurang selera makan, kurang aktif.

"Kucing yang sihat pun boleh juga bagi minum untuk kekuatan antibodi.

"Pesanan saya, hati-hati siasat dulu rumput ni (yang tumbuh meliar) takut orang dah sembur racun," ujar pemilik akaun FB tersebut.

Menurutnya lagi, air penawar yang disimpan dalam peti sejuk mampu bertahan sehingga 10 hari dan elakkan menyimpannya lebih daripada tempoh tersebut kerana dikhuatiri basi.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube