DIIKTIRAF sebagai kamera bingkai penuh tanpa cermin (full-frame mirrorless) yang paling kecil dan ringan dalam siri Lumix S, Panasonic Lumix S9 bakal menjadi pilihan pengguna umum seperti pencipta kandungan. Apa yang menarik ia dilengkapi dengan sistem auto-fokus PDAF (Phase Detection Auto-Focus), yang menyediakan penjejakan subjek yang sangat baik dan penstabilan Active IS untuk rakaman video tanpa gegaran walaupun sedang bergerak. Selain itu fungsi Real Time LUT pada Lumix S9 turut membolehkan pengguna mengaktifkan LUT dengan pantas bagi mendapatkan visual yang lebih menarik. Saiz kompak sesuai untuk mereka yang gemar mencipta kandungan media sosial. Lebih menarik apabila aplikasi Lumix Lab yang baharu turut dibangunkan bagi membolehkan pencipta kandungan menggunakan fail warna LUT mereka sendiri di telefon pintar masing-masing. "Jadi pengguna boleh memindahkan data daripada kamera ke telefon pintar dengan pantas serta mengedit mengikut fail warna LUT unik mereka sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: AI dalam telefon pintar, pilihan tepat anak muda... Ciri Samsung siri Galaxy S24 memang power! "Ini bermakna pengguna hanya menggunakan hujung jari dalam menjana video asli dan boleh dikongsi segera tanpa memerlukan pengeditan pada komputer. "Kami juga lebih menyasarkan kepada mereka yang gemar untuk membuat kandungan di media sosial kerana kamera ini lebih padat dan mudah untuk dicaj di mana-mana sahaja," kata Pengarah Bahagian Pemasaran Panasonic Asia Pasifik, Alex Chong. Empat pilihan warna Lumix S9. Kamera Lumix S9 ini didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Jet Black, Crimson Red, Dark Olive dan Dark Silver yang bakal memasuki pasaran negara pada Julai nanti. Ia dijual pada harga RM7,599 untuk badan sahaja, dan RM8,999 apabila dipadankan dengan Lensa R2060. Bagi mereka yang membuat pra-pesanan Lumix S9 sekarang, ia akan datang dengan barangan percuma termasuk Pegangan L-Shape SmallRig, bateri, dan Kad SD 64GB SanDisk Extreme Pro. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube