KEHADIRAN serangga seperti lalat, semut, agas-agas dan sebagainya bukan sahaja menyakitkan mata malah dikhuatiri menjejaskan kebersihan makanan. Bukan hanya tiga empat ekor, kadang-kadang kehadiran serangga ini di dapur begitu 'meriah' apatah lagi jika kita menyiang ikan, menumbuk sambal belacan, menggoreng ikan kering atau menyediakan apa sahaja hidangan yang mengeluarkan bau yang agak kuat. Lalat khususnya, membiak sepanjang tahun terutama dalam cuaca panas serta mudah lolos ke dalam rumah menerusi ruang-ruang terbuka dari luar. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi cara moden dan tradisional halau lalat! Pilih saja yang mana mudah, difikirkan sesuai Dengan cuaca yang makin panas ketika ini, memang sekelip mata saja haiwan ini muncul di dapur. Jenuh sembur racun serangga, kadang-kadang letak kertas perangkap pun seperti tidak lut. Sakit mata jadinya! Usah pening kepala... apa kata kalian cuba tip menghalau serangga sebagaimana yang dikongsikan oleh Akmal Azemi. Tiga bahan utama yang diperlukan untuk membuat campuran bagi menghalau serangga. -Gambar hiasan Bahan-bahan: 1/2 cawan cuka 1/2 cawan minyak zaitun (atau minyak sayuran lain) 1/2 cawan syampu Cara membuatnya: 1. Campurkan separuh cawan cuka, separuh cawan minyak zaitun, dan separuh cawan syampu bersama. 2. Letakkan bekas mengandungi campuran kesemua bahan tersebut di dapur dan tunggu serangga berkumpul padanya. 3. Biarkan bekas campuran itu selama beberapa jam atau sehingga serangga mulai berkurangan. 4. Ulangi proses jika perlu. Kaedah ini ternyata menjimatkan kerana menggunakan bahan yang sememangnya ada di rumah. Malah ia lebih selamat berbanding menggunakan racun penyembur serangga yang dijual di pasaran. Selamat mencuba. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube