GARAM sememangnya sinonim sebagai salah satu bahan penting dalam masakan. Namun tahukah anda, garam juga mempunyai kegunaan lain yang cukup bermanfaat ketika kecemasan? Sekiranya anda berdepan dengan masalah lubang tandas tersumbat, tidak semestinya ia perlu diselesaikan dengan menggunakan bahan kimia. Nah, guna sahaja garam... bukan sahaja menjadi 'penyelamat' malah ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. ARTIKEL BERKAITAN: Malu tetamu hadap rumah, bilik air bau kepam? Guna 3 bahan je buat semburan DIY, ‘feel’ macam hotel! Hanya lima langkah, masalah lubang tandas tersumbat dapat diselesaikan dalam masa yang singkat, mudah dan menjimatkan! Bahan-bahan: 1. Satu atau dua cawan garam dapur 2. Satu atau dua liter air panas 3. Baldi Tindakan membuang objek seperti gumpalan tisu, tuala wanita dan sebagainya boleh menyumbat saluran tandas. -Gambar hiasan Cara-cara: 1. Tuang garam dapur dalam saluran tandas yang tersumbat. 2. Tuang air panas ke dalam saluran tandas yang telah dimasukkan garam. Pastikan air cukup panas untuk membantu melarutkan garam dan melepaskan kotoran yang tersumbat. 3. Biarkan campuran garam dan air panas meresap selama 30 hingg 60 minit. Proses ini akan membantu melepaskan kotoran yang tersumbat secara semula jadi. 4. Bilas saluran tandas dengan air bersih untuk membersihkan sisa garam dan kotoran yang telah larut. 5. Jika saluran masih tidak lancar, ulangi proses ini beberapa kali sehingga masalah tersumbat selesai. Oh ya, jangan lupa memakai sarung tangan ketika melakukan proses di atas untuk melindungi tangan daripada kotoran atau bahan kimia yang mungkin terdapat dalam saluran. Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan jumlah garam mengikut kesesuaian. Jika lubang tandas tidak tersumbat terlalu teruk, tidak perlu gunakan jumlah garam yang banyak. Lubang tandas lazimnya tersumbat disebabkan adanya objek di dalam saluran. Sebagai peringatan, elakkan membuang gumpalan tisu, tuala wanita atau apa sahaja objek yang boleh menyumbat saluran. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube