PELBAGAI kejadian tidak diduga boleh berlaku ketika memandu di jalan raya. Sama ada disebabkan kecuaian diri sendiri atau pun pengguna jalan raya lain, namun apa yang penting adalah kita tahu mengendalikan situasi berkenaan agar dapat mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini. Sebagai contoh, satu situasi tidak diduga mungkin boleh berlaku adalah cermin hadapan kereta secara tiba-tiba dilitupi oleh plastik, kanvas, kain atau apa sahaja yang boleh menghalang pandangan. ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya selama ini salah cara tukar gear! Ini kaedah paling tertib nak elak gearbox cepat rosak Sudah semestinya boleh membuatkan kita panik, bukan? Justeru, apa yang perlu kita lakukan jika tiba-tiba berdepan dengan situasi berkenaan? Hidupkan lampu kecemasan (hazard signal) yang menandakan anda sedang mengalami situasi kecemasan. Jom ikuti tip individu yang banyak berkongsi ilmu mengenai penjagaan kereta dan cermin kereta di laman sosial, James Alatin. "Semasa berlaku keadaan macam ni, banyak pemandu yang panik. Panik sahaja terus tekan brek. "Ini masalah! Kalau anda terus tekan brek, orang belakang tak sempat nak brek, langgar kita pula. "Keduanya, apabila jadi macam ni, pemandu biasanya pusing stereng ke kiri dan kanan. Ini bahaya bro, boleh terbabas," ujarnya. Gunakan cermin belakang dan cermin sisi untuk mengenal pasti jarak kenderaan berhampiran. Sebaliknya, ini enam langkah yang perlu anda lakukan: 1. Jangan panik 2. Buka lampu indikasi kecemasan (hazard signal) terlebih dahulu 3. Gunakan cermin pandang belakang untuk melihat kenderaan di belakang 4. Lihat cermin sisi kiri dan kanan untuk melihat kenderaan di sebelah 5. Apabila keadaan dipastikan selamat, beri signal kiri dan perlahan-lahan pandu ke lorong kecemasan 6. Berhenti di lorong kecemasan dengan selamat Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube