suria

Jangan buang sarang telur, boleh halau serangga perosak! Sesuai untuk orang bandar suka berkebun

Sarang telur yang dibakar boleh menghalau nyamuk dan serangga perosak.

BAGI mereka yang gemar berkebun atau bercucuk tanam, salah satu masalah utama yang dihadapi adalah kehadiran serangga perosak.

Ini secara tidak langsung membuatkan hasil tanaman rosak sebelum sempat dituai, ataupun tidak dapat dimakan kerana sudah terjejas.

Selain penggunaan racun serangga perosak yang biasa didapati di pasaran, apa kata anda cuba salah satu petua yang dikongsikan seorang pelayar Facebook, Azhar Che Soh dan Azmi Amin.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas sembur pewangi, tetap busuk! Guna sarang telur, ramai tak sangka mampu elak rumah berbau sampah

Menurutnya, bahan utama yang diperlukan adalah sarang telur. Jadi, setiap kali anda membeli telur, sarangnya boleh disimpan untuk menghalau serangga perosak.

Bagaimana caranya?

1. Letakkan sarang telur yang berasap ini kawasan berhampiran tan aman.

2. Bakar sarang telur dan matikan api sehingga ia hanya tinggal asap.

3. Sebaiknya dilakukan pada sebelah petang bermula pukul 7 malam kerana serangga perosak yang mengganggu tanaman aktif pada waktu ini.

4. Elakkan berada berhampiran bagi mengelakkan anda terhidu asap yang boleh menjejaskan kesihatan.

asap 2

Pekebun khususnya di kawasan kampung sering membakar daun kering untuk tujuan menghalau nyamuk dan serangga perosak. -Foto Facebook

Kelebihannya:

1. Dapat menghalau nyamuk.

2. Dapat menghalau sedikit-sebanyak serangga seperti lalat buah dan nyamuk buah yang merosakkan tanaman kita selain daripada menggunakan racun serangga.

Jika di kampung, lazimnya pekebun akan membakar daun-daun kering setiap petang untuk tujuan ini.

Bagi yang menetap di bandar, cara 'mengasap' kebun menggunakan sarang telur lebih sesuai.

Semoga bermanfaat!!!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain