SALAH satu peralatan elektrik yang wajib ada di dapur adalah ketuhar gelombang mikro (microwave). Disebabkan fungsinya yang benar-benar memudahkan tugas untuk memasak, memanaskan makanan dan menyahbeku bahan mentah, sudah semestinya ia digunakan hampir setiap hari. Secara tidak langsung, ini akan mengundang bau yang kurang menyenangkan setiap kali kita membuka pintunya. ARTIKEL BERKAITAN: Malu tetamu tengok sinki kusam? DIY je pembersih guna kulit lemon, macam-macam boleh cuci Biarpun sudah dilap dan dibersihkan, ada kalanya bau yang degil itu masih dapat dihidu. Microwave perlu dibersihkan setiap kali selepas digunakan untuk memanaskan makanan. -Gambar hiasan Usah khuatir! Apa kata anda cuba petua ini pula... yang pastinya ia mudah dan paling penting menjimatkan. 1. Campurkan cuka dan air ke dalam bekas. Pastikan kuantiti cuka dan air sama banyak. Atau, masukkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas yang diisi air. 2. Masukkan bekas larutan ke dalam microwave. 3. Guna seperti biasa sebagaimana anda memanaskan lauk, kira-kira seminit atau dua minit. Pastikan anda menetapkan suhu tinggi untuk memastikan larutan panas. 4. Apabila masa telah tamat, biarkan selama lima minit sebelum membuka pintunya. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bau busuk diserap larutan tersebut. 5. Jangan buang larutan tadi. Ambil span atau kain yang bersih untuk mengelap bahagian dalam microwave menggunakan larutan tersebut. Cuka putih dan lemon berfungsi sebagai penyahbau semula jadi dan pastinya boleh menghilangkan bau kurang menyenangkan daripada microwave anda. Oh ya, jangan lupa mengelap microwave juga setiap kali anda memanaskan lauk. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan bau, malah memastikan microwave bersih daripada kotoran atau percikan minyak. Semoga bermanfaat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube