KAD kredit merupakan instrumen pembayaran yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan individu di seluruh dunia. Terdapat banyak kelebihan menggunakan kad kredit, antaranya tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, transaksi lebih selamat, memudahkan pembelian secara dalam talian, lebih banyak ganjaran dan dapat mengesan rekod perbelanjaan. Bagaimanapun, sesetengah pengguna kad kredit mempunyai tabiat buruk yang boleh mengundang impak serius kepada status kewangan. Salah satu tabiat buruk pengguna kad kredit adalah melakukan pembayaran mininum setiap bulan. ARTIKEL BERKAITAN: Berbaloikah ada kad kredit tapi tak guna? Hati-hati anda tetap perlu bayar 2 perkara ini Namun tahukah anda, tabiat tersebut membuatkan anda dikenakan caj faedah dan masa yang lebih lama akan diambil untuk menyelesaikan hutang tertunggak ini. Seorang kakitangan bank yang dikenali sebagai @bangtony497 berkongsi mengenai impak di sebalik tabiat buruk ini di laman TikTok. Penyalahgunaan kad kredit akan memberi impak negatif sehingga melibatkan hutang dalam jumlah yang besar. -Gambar hiasan "Minimum payment ni, bank bagi peluang kepada anda di mana andai kata anda tak mampu nak selesaikan hutang, bank bagi choice... yang mana anda boleh buat minimum payment. "Jadi bank tengok anda ni masih ada kemampuan untuk bayar kad kredit. "Minimum payment ni akan refleks kepada CCRIS. Ada seorang pakcik saya jumpa, dia kata dia bulan-bulan bayar minimum payment je, tak ada masalah pun. Memang, tapi masalahnya pada masa depan," terangnya. Berikut adalah dua sebab mengapa anda perlu mengelak membuat pembayaran minimum: 1) Tempoh bayaran menjadi lebih panjang Lihat contoh pengiraan di bawah untuk memahami dengan lebih jelas Contoh pengiraan bagi senario jumlah baki hutang yang berbeza. -Foto BNM 2) Jumlah hutang kad kredit makin bertambah Lihat contoh pengiraan di bawah untuk memahami dengan lebih jelas Contoh pengiraan bagi jumlah faedah yang perlu dibayar bagi dua senario berbeza. -Foto BNM Secara tidak sedar, anda sebenarnya aktif mengumpul hutang yang akan dikenakan faedah dan caj lewat. Sedikit demi sedikit, kumpulan hutang ini boleh melambung tinggi dalam masa yang singkat sehingga membuatkan anda terbeban dengan hutang yang terlalu besar untuk ditangani. Oleh itu, praktis terbaik adalah untuk membayar terus segala baki setiap bulan supaya tiada yang tertunggak untuk dikenakan faedah tambahan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube