RUMPUT liar di halaman rumah yang tidak pernah diundang sememangnya menyakitkan mata. Baru beberapa hari dicabut atau dimesin, tumbuhan ini pasti akan muncul semula. Kadang-kala disebabkan terlalu sibuk mencari rezeki, sampai tak sempat membelek halaman rumah sehingga rumput liar pun tumbuh dengan 'meriah'. ARTIKEL BERKAITAN: Petua mudah buat sendiri racun organik untuk tanaman sayur dan buah-buahan, guna 2 bahan je! Disebabkan mahu hasil yang pantas, racun rumput adalah solusi yang sering menjadi pilihan. Namun, segelintir individu kurang gemar menggunakan racun rumput kerana ia mengandungi bahan kimia yang mana boleh menjejaskan kesihatan. Jangan risau... Apa kata anda cuba membuat sendiri campuran racun sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pelayar Facebook, Johari Kamal. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat racun DIY. Bahan-Bahan: 1. Garam kasar 2. Air panas 3. Sabun pencuci pinggan 4. Alat penyembur Cara-caranya: 1. Campurkan garam kasar bersama air panas 2. Titiskan satu atau dua sudu sabun pencuci pinggan ke dalam campuran tadi 3. Masukkan ke dalam alat penyembur 4. Sembur racun 'DIY' ini pada kawasan rumput liar Menurut individu berkenaan, dia menyembur racun DIY di halaman rumahnya sekitar pukul 8 pagi, dan dalam tempoh beberapa jam, rumput liar sudah mulai layu. "Esok confirm clear. Bulan depan pula repeat. Tumbuhlah apa jenis rumput pun, memang 'kiok' semua," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube