suria

Sengit nak dapat biasiswa... Cikgu MRSM ini baik hati kongsi 7 tip buat lepasan SPM sebelum hadiri temu duga

Persediaan yang dilakukan sebelum menghadiri temuduga penting bagi memastikan calon bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. -Gambar hiasan

KETIKA ini para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang sibuk melakukan persediaan menghadiri temuduga bagi mendapatkan biasiswa ataupun tajaan untuk melanjutkan pengajian.

Bukan sedikit pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, justeru persaingan untuk mendapatkan biasiswa sangat sengit.

Untuk memilih calon yang benar-benar layak, mereka bukan sahaja akan dinilai berdasarkan kelulusan akademik semata-mata.

Sebaliknya, ia turut mengambil kira aspek lain seperti penglibatan dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan, disiplin, kemahiran komunikasi dan pengetahuan mereka berkenaan dengan isu-isu semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya kelemahan diri ketika temuduga, ini 4 tip berguna tak tutup peluang dapat kerja

Bagi pelajar lepasan SPM, anda bolehlah mencuba tip menghadiri temu duga sebagaimana yang dikongsikan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau, Mohd Shahid Ahmad.

1) Jadilah diri sendiri

Sudah menjadi trend sesi interview zaman sekarang untuk mencari calon yang ada unsur semula jadi atau natural. Biarpun santai, tapi awas, ada penilaian terhadap sifat semula jadi anda.

2) Jaga fizikal dan emosi

Pastikan anda sihat daripada segi emosi dan fizikal sebelum hadir ke tempat temu duga. Ambil makanan yang cukup. Sehari dua sebelum sesi temu duga, cuba luangkan masa untuk healing.

3) Jelas tentang tujuan hadir ke sesi temu duga

Buat persediaan dengan melakukan praktis kendiri di rumah. Cuba praktis menjawab soalan-soalan lazim seperti cara memperkenalkan diri, apa yang menarik tentang diri anda dan kenapa memilih bidang pengajian tertentu.

Dengan melakukan persediaan ini, boleh dijangka 75 peratus akan membawa kepada kejayaan sewaktu sesi interview sebenar anda.

Become the candidate employers are looking for at Asia Pacific University College of Technology & Innovation (UCTI). Pursue an Honours degree undergraduate programme in business in an institution that is prestigious, innovative and prepares you for work.(pic for star special) *** Local Caption *** Graduation day is a day to remember for students of Asia Pacific University College of Technology & Innovation

Pelajar perlu mempunyai matlamat dan hala tuju demi masa depan yang cerah. -Gambar hiasan

4) Hadir awal ke tempat temu duga

Jika perlu, menginap di hotel, homestay atau rumah saudara yang berdekatan dengan tempat temu duga. Elakkan bertolak pada hari yang sama untuk ke sesi temu duga.

5) Fail peribadi adalah cerminan diri anda

Fail peribadi harus disusun lengkap dan teratur, bermula dengan pengenalan diri, sijil akademik, sijil ko-kurikulum.

Letak sijil yang paling terkini, pencapaian atau penghargaan tertinggi yang pernah anda dapat.

Boleh rujuk kaunselor untuk kaedah susunan fail.

6) Dapatkan tip daripada penerima biasiswa atau tajaan pengajian

Boleh cuba menghubungi mereka di media sosial atau rajin-rajinkan diri membaca tip yang dikongsikan.

7) Berdoa dan tawakal

Jika sudah jodoh, tak akan ke mana. Jika sudah tertulis rezeki anda, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Banyakkan berdoa kepada Yang Maha Esa, mohon restu daripada ibu bapa serta guru-guru.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain