PASTI ramai dalam kalangan pengguna telefon pintar pernah berdepan dengan masalah 'memori penuh'. Jenuh juga mahu memilih dan memadam gambar serta video setiap kali masalah ini terjadi. Bagi pengguna iPhone, mereka boleh melanggan iCloud iaitu perkhidmatan daripada Apple bagi menyimpan foto, fail, nota, kata laluan dan data lain secara selamat dalam awan dan mengemas kini data tersebut pada semua peranti anda secara automatik. iCloud juga memudahkan perkongsian foto, fail, nota dan banyak lagi dengan rakan dan keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan malas, ini sebabnya kenapa anda perlu kerap ‘restart’ telefon pintar... Buat seminggu sekali lagi bagus Namun, ada kalanya apabila data sudah dipindahkan ke iCloud, kemungkinan memori iPhone masih lagi penuh. Usah risau... Jom ikut perkongsian seorang pengguna iPhone, Mat Erol Hairulnizam mengenai bagaimana cara untuk mendapatkan ruang memori tambahan di dalam iPhone setelah melanggan iCloud. 1. Beli iCloud dengan kapasiti yang lebih besar dari kapasiti semasa saiz foto Contoh: i. Jika kapasiti foto sekarang 80GB, kena beli iCloud 200GB. Ini kerana iCloud 5GB yang diberi percuma atau langganan terendah 50GB tidak berkapasiti untuk upload semua photo dari telefon. ii. Jika kapasiti foto 230GB, perlu beli iCloud berkapasiti 2TB. Boleh jika beli iCloud 200GB tapi perlu memadamkan foto serta video yang tidak perlu hingga kapasiti foto menjadi bawah paras 200GB. 2. Buat iCloud Photo Sync dengan menggunakan wifi Proses ini akan mengambil masa beberapa hari hingga semua photo dalam telefon selesai dimuat naik salinannya ke iCloud. Contoh: Jika dalam telefon ada 19,600 keping photo, di dalam iCloud pun nanti akan ada 19,600 keping foto juga. Langganan iCloud boleh dikongsi dengan ahli keluarga dengan mengaktifkan Optimize Storage. 3. Aktifkan 'Optimize iPhone Storage' Dengan memilih 'option' ini, semua gambar dan video dalam telefon akan dipadatkan selepas selesai 'upload sync' ke iCloud, di mana saiz foto dalam telefon akan menjadi saiz kecil. Dan saiz besar yang asal disimpan di iCloud. Contohnya: Semua foto dalam iCloud ada 83GB dan foto yang sama dalam storage iPhone sudah berkurang kapasitinya dari 83GB menjadi 14GB sahaja. Jadi, 'memory space' dalam iPhone semakin bertambah (besar). Langganan iCloud boleh kongsi dengan ahli keluarga, di mana masing-masing boleh muat naik foto dan backup ke akaun iCloud yang sama, kemudian buat Optimize Storage tanpa boleh melihat gambar orang lain. Setiap kali ada wifi, iCloud Sync akan dibuat secara automatik di mana foto-foto terbaru akan disalin ke iCloud. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube