MUSIM Aidiladha ini, pastinya ramai dalam kalangan kita yang melakukan ibadah korban dan menerima sumbangan daging. Untuk mengekalkan kesegaran daging, sebenarnya ia bukanlah bergantung kepada kaedah penyimpanan di dalam peti sejuk semata-mata. Sebaliknya, ia bermula daripada proses pengedaran daging itu lagi. ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip simpan daging korban, tahan sampai 1 tahun... Jangan main sumbat dalam freezer, elak guna plastik hitam Berikut adalah tip pengedaran, penyimpanan dan nyahbeku daging sebagaimana yang disarankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia: Tip edar daging: 1) Pastikan daging korban dibungkus dengan baik, tidak terbuka atau bocor. 2) Segera mengedarkan daging korban untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran daging. 3) Pastikan daging korban tidak terdedah kepada pencemaran. 4) Gunakan cooler box sekiranya ingin mengedarkan daging korban ke pelbagai tempat. Daging perlu dipastikan tidak terdedah dengan pencemaran ketika proses melapah. -Gambar hiasan Tip penyimpanan daging: 1) Buang dahulu benda asing yang terlekat pada daging seperti daun, pasir atau serpihan kayu. Kemudian barulah simpan dalam peti sejuk beku 2) Potong daging kepada saiz yang lebih kecil dan masukkan ke dalam bekas plastik berpenutup mengikut kuantiti kegunaan biasa di rumah. 3) Simpan daging di bahagian sejuk beku yang suhunya 18 darjah Celcius atau kurang. 4) Asingkan daging dengan bahan makanan yang boleh dimakan terus (ready-to-eat) seperti aiskrim supaya boleh mengelakkan pencemaran silang. Simpan daging dalam kuantiti yang kecil dan dalam bekas berpenutup. -Gambar hiasan Tip defrost daging: 1) Keluarkan bungkusan daging daripada ruang sejuk beku dan letakkan di ruang biasa peti sejuk terlebih dahulu buat seketika 2) Nyahbeku daging di bawah air yang mengalir dan bukan dibiarkan terendam di dalam air yang sama. 3) Jika menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave), tekan tetapan nyah beku (defrost). 4) Seeloknya jangan bekukan semula daging yang telah di nyahbeku. Jangan ambil mudah untuk setiap proses ya. Ini kerana kesilapan pengendalian boleh menyebabkan keracunan makanan. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube