SINONIM dengan harga barangan yang murah, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama Boost Bank. Kerjasama ini bertujuan memberi tawaran istimewa dan lebih penjimatan kepada pelanggan setia Mydin yang mendaftar aplikasi Boost Bank. Pelbagai promosi menarik tersedia untuk pelanggan Mydin yang menggunakan pembayaran digital Boost Bank. Mereka boleh membelii gula pasir, tepung gandum, sardin serta roti dengan harga RM2, jauh lebih murah berbanding harga biasa yang mana promosi ini bermula pada 13 hingga 23 Jun 2024. Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, kerjasama ini adalah salah satu langkah terbaik dalam membantu pelanggan berjimat ketika berbelanja. "Kolaborasi ini yang utamanya memberi kelebihan buat pelanggan dengan keahlian Mydin, kerana kami bersama membantu memberikan penjimatan di samping menyediakan keistimewaan buat mereka. "Sedikit sebanyak cara ini boleh mengurangkan beban masyarakat untuk berbelanja dengan harga yang lebih berpatutan bagi pembelian barangan dalam rumah," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kerjasama Boost Bank dan Mydin di Subang Jaya, pada Rabu. Antara barangan yang diberikan potongan harga oleh Mydin. Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla yang turut hadir pada majlis itu berkata kerjasama dengan Mydin bagi memperlihatkan misi Boost Bank untuk memupuk inklusi kewangan dan mempermudahkan perbankan untuk semua rakyat Malaysia. Malah kolaborasi strategik ini turut menawarkan kadar faedah harian eksklusif sehingga empat peratus setahun yang akan dibayar secara mingguan kepada pelanggan Mydin yang membuka akaun Boost Bank. Pelanggan perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2,000 ke dalam Savings Jars dan membelanjakan minimum RM50 sebulan menggunaan aplikasi Boost e-dompet di seluruh cawangan Mydin. Pelanggan Mydin boleh menikmati keistimewaan faedah harian ini bermula 13 Jun sehingga 30 September 2024. "Melalui aplikasi Boost Bank, pelanggan Mydin akan menikmati penjimatan yang lebih tinggi dan keistimewaan eksklusif seperti kadar faedah yang lebih tinggi melalui Boost Bank Savings Jars kami. "Pengalaman perbankan digital tanpa batasan ini bertujuan untuk mengubah cara pelanggan berbelanja dan menguruskan kewangan mereka, menyediakan kemudahan dan faedah kewangan yang dipertingkatkan," katanya. Sementara itu, pelanggan terawal Mydin yang membuka akaun Boost Bank layak menerima pulangan tunai RM10 melalui Partner Wallet di aplikasi Boost yang boleh diaktifkan melalui kod promo 'BOOSTMYDIN'. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube