TAK lengkap rasanya jika masakan tiada rasa pedas. Oleh itu kehadiran cili atau lada sememangnya salah satu daripada bahan wajib yang perlu ada di dalam peti sejuk. Tapi ada kalanya cili yang disimpan tidak tahan lama, lembik dan mengalami kesan lecur berwarna kehitaman. ARTIKEL BERKAITAN: Sejak dah tahu memang tak pernah ‘miss’ buat... Ini petua simpan sayur supaya tahan lama Memang rugi kalau cili yang dibeli dalam kuantiti banyak terpaksa dibuang begitu saja, hanya disebabkan kesilapan sewaktu penyimpanan. Jangan risau, apa kata anda ikuti tip yang mStar kongsikan kali ini: 1) Basuh cili terlebih dahulu dan kemudian toskan air. 2) Keringkan cili dengan tisu. Pastikan benar-benar kering ya. 3) Isikan cili ke dalam botol mineral kosong, tanpa mencabut tangkainya. 4) Tutup penutup botol mineral dengan rapat. 5) Simpan botol berisi cili itu di ruang simpanan sayur di dalam peti sejuk. Kaedah ini dapat memastikan cili tahan lebih lama sehingga berbulan-bulan. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube