suria

Berbaloi ke beli rumah subsale? Ejen hartanah bentang 7 kelebihan, silap-silap dapat kediaman serba lengkap

Pengguna perlu bijak memilih hartanah yang memberikan pulangan pelaburan terbaik. -Gambar hiasan

TERDAPAT pelbagai jenis hartanah yang boleh dipertimbangkan dan dipilih sebelum anda merancang untuk membelinya.

Yang pastinya, anda perlu bijak memilih hartanah yang memberikan pulangan pelaburan terbaik dan menguntungkan.

Salah satu jenis hartanah yang boleh dipertimbangkan adalah kategori subsale.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam mana nak beli rumah banyak, satu pun tak lepas... Wanita ini kongsi tip miliki 3 kediaman sebelum usia 30 tahun!

Secara asasnya, rumah subsale adalah unit yang dibeli daripada pihak kedua atau ketiga selepas pemaju asal.

Dalam bahasa mudahnya, rumah subsale adalah rumah secondhand.

Biarpun bukan rumah baharu, namun sebenarnya rumah subsale mempunyai pelbagai kelebihan sebagaimana perkongsian seorang ejen dan perunding hartanah, Akmal Fahmi.

Discussion with a real estate agent, House model with agent and customer discussing for the contract to buy, get insurance or loan real estate or property.

Selain kemampuan pembiayaan kewangan, banyak lagi aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli hartanah. -Gambar hiasan

Kelebihan rumah subsale:

1) Tiada risiko projek perumahan terbengkalai, pemaju lari atau pemaju bankrap

2) Ada ketika, kita tak perlu keluarkan sejumlah wang yang besar untuk kos masuk rumah seperti defect inspector, wiring, membeli lampu dan kipas, pemasangan gril, awning, pasang langsir, buat kabinet dapur, pasang pendingin hawa, pasang tinted (untuk pintu sliding), mengecat, tukar pagar dan pelbagai kos lagi.

3) Jika rezeki terpijak, anda dapat rumah yang serba lengkap. Cuci kaki sahaja!

4) Dapat tahu siapa jiran sebelah menyebelah. Masa viewing, perhati siap-siap bakal jiran anda

5) Berpeluang membeli rumah di bawah paras harga sebenar. Kalau rumah undercon (rumah belum siap dan sedang dibina pihak pemaju), rasanya tiada yang dijual bawah market value.

6) Bagi rumah subsale, pinjaman (loan) bank hanya akan mula kena bayar apabila pembeli dapat kunci. Jika rumah undercon, pembeli yang guna loan bank akan mula bayar apabila bank buat progressive payment kepada pemaju. Rumah belum siap, belum dapat kunci lagi, sudah kena bayar.

7) Berpeluang tawar-menawar harga secara terus dengan pemilik asal rumah. Jika rumah undercon, tiada peluang untuk tawar-menawar dengan pemaju.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain