suria

Rupanya ini sebabnya semut suka bersarang dalam soket... Jom abang ‘pest control’ ajar cara nak hapuskan

Semut gemar menjadikan laluan sistem pendawaian eletrik untuk berlindung dan mencari makanan. -Gambar FB Pendawaian Elektrik Malaysia 2024

BIARPUN kecil dan halus, namun kehadiran semut di rumah bukan sahaja menyakitkan mata tetapi boleh mengundang masalah lain.

Selain menghurung makanan atau berada di celahan lubang, semut juga sebenarnya gemar 'menghurung' soket atau plug di dinding.

Ini boleh menyebabkan pendawaian atau peralatan elektrik rosak. Mesti pernah terjadi di rumah anda, bukan? Tak pasal-pasal melayang pula duit untuk membaikinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelinya tengok peti sejuk penuh berengga! Abang ‘pest control’ kongsi cara hapuskan sendiri, guna garam je!

Pasti anda tertanya-tanya mengapa semut suka berkumpul di soket.

Seorang pakar kawalan serangga perosak, Khairun Naim Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Naim Pest Control di TikTok, menjelaskan dengan panjang lebar mengenai situasi berkenaan.

"Kenapa semut suka buat laluan dalam soket, suis atau plug point dekat rumah kita?

"Semut ada dekat rumah kita kerana dua sebab. Pertama, nak cari tempat perlindungan dan sebab kedua, mencari sumber makanan.

"Dalam rumah kita, laluan yang selamat untuk semut guna adalah dekat plug point la. Sebabnya, ia masuk dekat satu plug point, ia boleh keluar dekat seluruh rumah kita.

"Sebab plug point ini bercantum. Mudahlah ia nak nak cari perlindungan dan sumber makanan," jelasnya.

semut 2

Soket yang rosak kerana menjadi 'sarang' semut. -Gambar FB Adi Harrizam/Tukang Apa Hari Ni.

Justeru, beliau turut berkongsi kaedah yang selamat bagaimana boleh menghapuskan semut tanpa menyebabkan kerosakan pada soket ataupun sistem pendawaian.

"Pertama, kita kena ingat jangan menggunakan racun yang bersifat water base atau air. Kalau kita sembur racun bersifat water base dekat pendawaian atau soket rumah, mungkin boleh short. Kalau dah short, dah kena buat wiring satu rumah.

"Oleh kita kita disarankan untuk menggunakan racun jenis gel. Bila kita titis di satu dua tempat, semut akan tertarik kepada gel tersebut, ia akan makan dan bawa ke sarangnya.

"Dengan cara ini, kita dapat singkirkan seluruhan koloni semut yang ada di dalam plug point," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain