suria

Serangga takut, buah pun lebat! Tak sangka baking soda banyak manfaat untuk tanaman, serba-serbi boleh guna

Salah satu manfaat baking soda adalah membantu penghasilan buah tomato yang manis. -Gambar hiasan

BERKEBUN atau bercucuk tanam sememangnya menjadi hobi sesetengah individu.

Bukan sahaja kerana dapat menuai hasilnya kelak, malah ia seolah-olah seperti terapi yang menenangkan jiwa.

Namun begitu, hobi ini juga mempunyai cabarannya yang tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Baking soda memang membantu bersihkan rumah, tapi awas jangan gunakan untuk cuci 5 benda ini!

Antaranya, hasil tanaman kurang menjadi dan juga kehadiran makhluk perosak yang menjejaskan tumbuhan.

Bagi yang gemar berkebun, sudah pasti mereka mengetahui kegunaan baking soda atau soda penaik.

Rupanya, banyak manfaat bahan ini untuk tanaman. Patutlah ia digelar 'kawan baik' tukang kebun.

baking 2

Campuran baking soda dengan air dan sabun cecair boleh menjadi racun serangga semula jadi. -Gambar hiasan

Jom lihat manfaat baking soda sebagaimana yang dikongsikan seorang pelayar Facebook, Val Tina.

1. Racun kulat semula jadi: Campurkan baking soda dengan air dan sabun cecair untuk dijadikan racun penyembur. Semburkan pada tumbuhan untuk melawan penyakit kulat seperti kulat serbuk.

2. Pembunuh rumpai: Sapukan baking soda terus pada rumpai taman untuk membunuhnya tanpa merosakkan tumbuhan sekeliling.

3. Penghalang makhluk perosak: Campuran baking soda dan tepung boleh menghalang makhluk perosak seperti cacing kubis dan kutu daun. Caranya, sapu saja pada tumbuhan.

4. Perbaiki tanah: Baking soda boleh digunakan untuk membuang tanah yang terlalu berasid, memperbaiki persekitaran untuk pertumbuhan tumbuhan.

5. Pemanis tomato: Taburkan baking soda di sekeliling pokok tomato untuk mengurangkan keasidan tanah, sekali gus menghasilkan tomato yang lebih manis.

baking 1

Campuran baking soda dengan air juga mempercepatkan proses pengkomposan tanah. -Gambar Facebook

6. Penggalak kompos: Mempercepatkan proses pengkomposan dengan menjadikan persekitaran lebih basah.

7. Menyerap bau: Meneutralkan bau di kawasan seperti sampah kompos dengan cara menabur baking.

8. Pembersih alatan: Membersihkan alatan berkebun dengan cara menggosoknya menggunakan pes baking soda. Ia dapat menghilangkan kotoran dan karat.

9. Bantu mencambah benih: Caranya, rendam benih dalam larutan baking soda sebelum menyemai.

10. Penghalau semut: Baking soda yang ditabur di sekeliling tumbuhan atau laluan semut bertindak sebagai 'penghalang' untuk serangga tersebut daripada merosakkan tanaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain