suria

Jangan sayang buang putik, elak pokok berebut baja! Barulah buah membesar sempurna, rasa pun manis

Buah mempelam dan jambu yang ditanam @noygreen86 membesar dengan sempurna.

SELAIN sayur-sayuran, pasti ramai dalam kalangan kita yang gemar bercucuk tanam pokok buah-buahan.

Lazimnya pohon buah jenis rendang sering menjadi pilihan kerana boleh ditanam di dalam kawasan halaman yang sedikit terhad keluasannya seperti buah limau, jambu air dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada kalanya hasil buah-buahan yang dituai tidak semuanya manis dan saiznya juga berbeza antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini cara-cara nak ‘rawat’ pokok cempedak... Berkesan supaya buah lebat sampai pangkal

Sayangnya jika pohon berbuah lebat, tapi buahnya tidak semanis yang diharapkan.

Kali ini, mStar kongsikan tip agar pohon menghasilkan buah yang besar dan rasa yang sangat manis sebagaimana perkongsian @noygreen86.

noy 3

@noygreen86 melakukan teknik penjarangan pada pohon limau bali yang ditanam agar membesar dengan seragam.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan adalah teknik penjarangan pada tunas buah.

Untuk makluman, penjarangan buah (fruit thinning) merupakan satu aktiviti penting dijalankan pada musim berbunga dan berbuah untuk menjamin kualiti buah.

Penjarangan buah dilakukan melalui proses memilih kemudian membuang buah yang tidak dikehendaki dan seterusnya menjaga buah-buah yang ditinggalkan untuk mendapatkan kualiti buah yang baik.

"Kalau saya, untuk satu kelompok putik buah ni, saya biasanya tinggalkan dalam tiga biji saja.

"Jangan sayang-sayang. Mesti kena buang supaya buah-buah ini tak berebut baja. Jadi buah akan membesar dengan sempurna. Apabila buah cukup makanan, ia akan menjadi lebih manis," ujarnya.

noy 2

Saiz mempelam dan puding coklat yang begitu besar hasil teknik penjarangan.

Tambahnya, teknik penjarangan ini juga akan memastikan buah-buahan membesar dengan saiz yang seragam.

"Kalau terlalu banyak dalam satu kelompok tu, nanti saiznya ada besar, ada kecil... Rasanya pun ada yang manis dan masam," katanya lagi sambil menambah, teknik penjarangan sesuai dilakukan pada tunas apa jua jenis buah-buahan lain.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain