suria

Cuba 3 cara ini bagi ‘melambatkan’ rumah daripada berhabuk, lepas ni dah tak perlu cuci selalu

Kewujudan habuk pasti membuatkan kita sakit mata melihatnya. -Gambar hiasan

PASTINYA letih apabila rumah yang baru dibersihkan dengan teliti kembali berhabuk tidak lama selepas itu.

Sering menjadi persoalan dari mana datangnya partikel debu itu kerana ia terus menerus mencacatkan pemandangan di bahagian dalam kediaman.

Melalui perkongsian di laman TikTok oleh Persegi Studio, ada didedahkan petua untuk melambatkan rumah daripada cepat berhabuk.

Ayuh kita lihat beberapa tip mudah yang boleh diaplikasikan, pasti senang hati anda selepas ini!

Kaedah ini boleh membantu menjadikan rumah menjadi lebih bersih.

1) Tanam pokok hidup di dalam rumah

Antara petua paling penting, beli pokok jenis lidah buaya (aloe vera) atau pokok labah-labah untuk diletakkan di dalam rumah.

Kedua-dua jenis pokok ini sangat bagus untuk menyerap habuk, maka tidaklah rumah anda sekelip mata berdebu selepas dicuci.

2) Pasang kabinet tertutup

Habuk kebiasaannya banyak terkumpul di ruang terpencil seperti di dalam rak almari pakaian atau tempat penyimpanan barang.

Oleh itu, kabinet yang tertutup dapat membantu mencegah habuk daripada mudah masuk ke dalam.

3) Gunakan pelembab bilik (humidifier)

Alat ini membantu bilik anda untuk mencapai kelembapan yang optimum. Apabila bilik tidak terlalu kering, habuk pun susah hendak melekat.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Persegi Studio

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain