RATA-rata kereta hari ini tidak lagi menggunakan sistem batang kunci bagi menghidupkan enjin, sebaliknya butang elektronik digunakan iaitu push start button. Namun ketika menjalani kehidupan harian yang padat jadual, kebanyakan pemilik kereta dalam keadaan terburu-buru memaksa kenderaan untuk terus berjalan. Melalui satu perkongsian di laman TikTik oleh Abang Loan, teguran diberikan berhubung tabiat sedemikian kerana ia boleh membawa implikasi buruk dalam jangka masa panjang. Paparan panel elektronik memastikan kesemua fungsi utama kereta berada dalam keadaan baik. "Dia (kereta) ibarat manusia baru bangun pagi, terus dicubit badannya untuk dikerah berlari. Lama-lama sakit la orang tu. "Ramai yang macam ni. Buka pintu, masuk kereta, tekan butang, terus start enjin," ujar Abang Loan memberikan contoh. Lelaki berkenaan seterusnya berkongsikan langkah yang sepatutnya diamalkan ketika menghidupkan enjin kereta pada awal pagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tengah memandu, brek tiba-tiba rosak! Ketahui tindakan yang dilarang dan apa patut anda lakukan "Pertama, tekan butang push start. Waktu ni jangan tekan brek. Kemudian tekan butang push start buat kali kedua. Sekarang boleh nampak paparan panel elektronik akan menyala, biarkan terlebih dahulu. "Tunggu sampai paparan panel elektronik tu padam, baru boleh tekan brek dan seterusnya tekan butang push start buat kali ketiga untuk hidupkan enjin. "Begitulah cara yang betul. Tujuannya supaya kereta tu bersedia untuk diaktifkan," jelas Abang Loan. Tambah Abang Loan, kaedah yang sama juga boleh diperhatikan untuk kereta menggunakan sistem batang kunci. Enjin kereta mempunyai struktur yang kompleks. -Gambar hiasan "Kalau kalian perasan, benda serupa juga waktu zaman kita guna kereta kunci dulu. "Kita akan masukkan kunci ke dalam soket dia, kemudian kita pulas sekali, kita pulas kali kedua, lepas tu pulas kali ketiga baru kereta mula mengaum," kata Abang Loan. Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut berkongsi pandangan. "Benda ni nampak remeh dan ada yang cakap tak perlu sebab teknologi sudah canggih, tapi saya amalkan tip ni selama lima tahun, Alhamdulillah kereta saya smooth sampai sekarang dan tak meragam langsung. "Terpulang kepada individu, saya sayang kereta dan mahu experience memandu kekal seperti waktu mula beli dulu," kongsi pelayar. - Abang Loan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube