suria

Nak makan durian pun kena ada ilmu... Kenali 6 ciri penting Musang King, elak ditipu peniaga!

Durian Musang King menjadi kegilaan ramai apabila tiba musimnya. -Gambar hiasan

MUSIM raja buah tiba lagi!

Antara jenis durian yang menjadi buruan adalah Musang King kerana keunikan rasanya, malah harganya juga berada dalam kategori premium.

Demikian itu, sebagai pembeli wajar untuk anda mengambil tahu tentang ciri-ciri utama durian Musang King supaya tidak mudah diperdaya oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

Pastinya rugi sekiranya anda membayar harga untuk Musang King (Mao Shan Wang) tetapi sebaliknya menerima durian gred rendah.

Ayuh kita lihat!

Bentuk buah dan duri boleh dilihat sebagai petunjuk. -Gambar hiasan

1) Duri berbentuk piramid

Durian Musang King mempunyai duri seperti piramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.

2) Rangka berbentuk bujur

Jika hendak dipastikan ketulenannya, lihat sahaja pada bentuk luaran durian Musang King berkenaan. Ia haruslah bujur seperti bola ragbi atau buah pinggang.

Rupa seakan tapak sulaiman pada durian Musang King. -Gambar hiasan

3) Tapak sulaiman (starfish)

Satu ciri unik durian Musang King adalah pada tapaknya, dapat diperhatikan lima garisan dari pangkal buah yang memanjang ke bahagian tepi, mirip tapak sulaiman.

4) Tidak berduri pada pangkal

Durian Musang King tidak mempunyai duri pada bahagian bawahnya, iaitu pada garisan yang berbentuk seperti tapak sulaiman.

Biji durian Musang King berbeza daripada yang lain. -Gambar hiasan/ Johor Kaki

5) Warna isi kunyit kekuningan

Kini anda tahu, rupanya ada sebab mengapa durian Musang King dinamakan sebagai Raja Kunyit. Selain itu, isinya juga mempunyai haruman manis serta rasanya pahit berlemak dan berkrim.

6) Biji buah

Biji buah durian Musang King adalah sangat kecil dan leper serta isinya senang untuk ditinggalkan.

Semoga bermanfaat! - Johor Kaki

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain