suria

Dapur kaca berminyak berkilat macam baharu hanya sekali sental, dengan ‘syarat’ jangan cuci guna sabun

Permukaan dapur menjadi berkilat selepas menggunakan teknik yang dikongsikan. -Gambar hiasan

MAKANAN rakyat Malaysia kebanyakannya melibatkan tumisan dan gorengan.

Penyediaan makanan sebegitu menyebabkan dapur jenis kaca menjadi cepat berminyak serta sukar untuk dibersihkan.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Idel Hayarnulis, ada dikongsikan petua mudah untuk menanggalkan kesan minyak degil.

Menurutnya, teknik ini tidak memerlukan air dan sabun, hanya menggunakan satu 'ramuan' ini sahaja.

"Ini cara selamat untuk cuci, tak perlu risau sekiranya dapur anda akan pecah atau retak," ujar Idel.

Proses pembersihan permukaan dapur.

Bahan-bahan:

1) Tepung

Langkah-langkah:

1) Tabur tepung pada bahagian permukaan dapur

2) Ratakan dan gosok menggunakan tangan sehingga permukaan dapur menjadi berkilat

3) Lap menggunakan kain bersih, kini dapur anda akan kembali bersinar seperti baharu

Maklum balas netizen

"Betul, apa-apa masalah pasal minyak boleh diselesaikan dengan tepung. Kalau minyak tertumpah dekat lantai atau terkena pada baju, tabur je tepung, nanti minyak tu akan diserap.

"Terima kasih kongsi, nak bersihkan kesan minyak guna air dan sabun memang susah, berkali-kali sental belum tentu boleh hilang," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain