suria

Ramai silap teknik guna mesin di dobi layan diri, sebab tu baju lambat kering

Mesin pengering akan menjadi lebih efisien sekiranya dgunakan dengan betul. -Gambar hiasan

PAKAIAN yang lembab selepas dibasuh boleh dihantar ke dobi layan diri untuk dikeringkan dengan mesin khas.

Namun pakaian yang dikeluarkan dari mesin pengering ada kalanya masih lembab walaupun sudah dibiarkan berputar sehingga selesai.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Cikgu Marwan, ada dikongsikan kesilapan lazim yang dilakukan orang ramai ketika memasukkan pakaian ke dalam mesin.

Ayuh kita lihat!

Penyusunan baju di dalam mesin pengering. -Gambar hiasan (kanan)

Longgokan baju

Menurut Cikgu Marwan, walaupun nampak melecehkan tetapi anda disarankan untuk mengambil masa bagi memasukkan satu persatu baju ke dalam mesin.

"Hamparkan baju dan susun supaya menjadi rata di dalam mesin. Jangan main longgok je lepas tu terus sumbat ke dalam mesin.

"Nanti susah nak kering kalau baju tu bergumpal," jelas Cikgu Marwan.

Asingkan jenis baju

Tambah Cikgu Marwan, tidak semua jenis pakaian boleh dikeringkan serentak di dalam satu mesin.

"Jangan main campur semua baju. Asingkan jenis kapas dan jenis nilon yang licin tu kerana masing-masing memerlukan suhu berbeza untuk dikeringkan.

"Kalau baju jenis kapas kita kena letakkan suhu tinggi manakala baju jenis nilon pula kita letakkan suhu sederhana (medium)," terang Cikgu Marwan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain