suria

Bukan semua makanan dan minuman boleh ‘bersatu’ dengan durian... Ambil tahu sebelum merana badan!

Beberapa pantang larang perlu diingat ketika memakan durian. -Gambar hiasan

KEUNIKAN rasa durian sangat dihargai peminatnya.

Namun umum mengetahui raja buah perlu dimakan dengan berpada-pada kerana ia boleh menyebabkan suhu badan meningkat.

Melalui satu perkongsian di laman Instagram oleh ahli farmasi, Boss Ding, ada dikongsikan beberapa juadah yang tidak disarankan untuk dimakan bersama durian.

"Selepas makan durian, tidak boleh makan benda ini," ujar Boss Ding.

Ayuh kita lihat!

1) Minuman kafein

Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh memberikan tekanan berlebihan pada badan, antaranya kopi dan durian.

Durian mempunyai kandungan sulfur dan karbohidrat yang tinggi sekali gus mengakibatkan badan menjadi panas. Manakala kafein pula menyebabkan jantung berdegup dengan laju.

Perkara ini boleh mencetuskan keracunan ringan sekali gus badan menjadi kurang selesa.

Kopi boleh membawa mudarat apabila dimakan bersama durian. -Gambar hiasan

2) Minuman berkarbonat

Digalakkan untuk minum air kosong dengan banyak selepas makan durian supaya badan yang panas dapat disejukkan semula.

Elakkan air manis seperti minuman berkarbonat yang boleh membebankan tubuh.

3) Susu

Tekanan darah di dalam badan akan meningkat apabila kedua-dua durian dan susu digabungkan serentak.

Ini kerana susu juga mempunyai kandungan sulfur yang tinggi sama seperti durian.

4) Terung

Terung mempunyai komposisi kimia yang boleh meningkatkan suhu badan, serupa seperti durian.

Oleh itu kedua-duanya bukan gandingan yang baik untuk dimakan bersama. - Boss Ding

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain