suria

Tak perlu murah hati dengan bank! Ini ‘trick’ elak caj lewat bayar kad kredit

Pengiraan kewangan perlu dibuat secara terperinci hingga ke sen terakhir. -Gambar hiasan

BAYARAN kad kredit yang melepasi tarikh akhir akan dikenakan caj lewat oleh pihak bank.

Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan caj lewat boleh meliputi satu peratus daripada jumlah bayaran yang tertunggak, dengan nilai maksimum adalah RM100 manakala minimum pula RM10.

Melalui satu perkongsian di laman Thread oleh seorang bekas pegawai khidmat pelanggan di sebuah institusi perbankan dikenali sebagai Ashumkum berkata, ramai tidak menyedari sebenarnya kita boleh mengetepikan caj lewat tersebut.

Perancangan kewangan perlu dibuat dengan rapi. -Gambar hiasan

Menurut Ashumkum, sangat rugi sekiranya kelonggaran itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang terjejas.

"Janganlah buta-buta pergi bayar caj lewat yang dikenakan bank tu. Saya pernah dapat panggilan telefon daripada individu dengan pendapatan tahunan mencecah RM300,000, dia tetap minta ketepikan caj lewat berjumlah RM10.

"Kebiasaannya khidmat pelanggan akan terima je permintaan untuk ketepikan caj lewat tu. Saya sendiri waktu kerja customer service dulu tak pernah tolak sesiapa punya permintaan.

"Jadi selepas ini, rajin-rajinlah telefon bank untuk minta waiver, jangan jadi pak turut pergi bayar. Kebanyakan bank saya cuba pun akan bagi je penepian ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja makan gaji pun boleh nikmati kebebasan kewangan, pakar saran buat 2 langkah ini!

"Cuma satu syarat, notis pembayaran lewat untuk kad kredit tak boleh melebihi tiga bulan. Kalau bank tanya sebab, boleh cakap kita terlepas pandang tarikh akhir bayaran tu," jelasnya.

Tambah Ashumkum, wang untuk pembayaran denda itu boleh digunakan bagi sesuatu yang lebih berguna.

"Macam saya misalnya, hari tu saya tolong isteri untuk dapatkan pengecualian, saya berjaya selamatkan RM150 daripada kena bayar caj lewat. Kalau nak harapkan isteri, memang dia tak sempat tengok semua bil tu.

"RM150 tu banyak sebenarnya, boleh guna untuk beli susu anak. Berhentilah murah hati sedekah dekat bank," terangnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain