suria

Patut la selama ni asyik ‘kiss’ kereta depan... Rupanya ada cara mudah nak tentukan jarak, boleh elak berlanggar

Pemuda ini berkongsi panduan dalam menentukan jarak antara dua kereta ketika parkir.

KETIKA berada di kawasan sempit, memastikan kereta dipakir dalam jarak yang betul dan selamat dengan kenderaan di hadapan boleh menjadi cabaran jika anda tidak mahir.

Ia juga akan mengundang rasa panik apabila memikirkan sama ada anda memakir kereta terlalu rapat dengan kenderaan di depan lantas mengundang bahaya atau terlalu jauh hingga membazirkan ruang parkir.

Terdapat panduan mudah untuk membantu anda menganggarkan jarak dengan lebih tepat seperti dikongsikan Altimat Auto Garage di TikTok.

Panduan itu dikongsikan dalam video di TikTok.

1. Gunakan cermin depan sebagai penanda

Cara terbaik untuk menganggarkan jarak adalah dengan menggunakan bahagian hujung cermin depan kereta anda.

2. Kenali posisi cermin

Apabila cermin depan kereta anda sudah selari dengan tayar kenderaan di hadapan, ini bermakna ada jarak yang ada cukup untuk sebuah kereta melalui ruang tengah antara kedua-duanya.

3. Menentukan jarak lebih dekat

Jika anda ingin meletakkan kereta lebih dekat dengan kenderaan di hadapan, pastikan bahagian hujung cermin depan selari dengan bumper kereta tersebut.

Jika kelihatan selari, jarak tersebut adalah memadai antara kedua-dua buah kenderaan.

Pastinya langkah-langkah ini dapat memberikan keyakinan dan berkemahiran dalam meletakkan kereta di kawasan sempit tanpa sebarang masalah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia