suria

Nasib baik tak buang, rupanya ada cara betulkan api oren pada dapur... Lega masalah buntut kuali hitam selesai!

Api berwarna oren boleh jadi punca bahagian bawah kuali cepat hitam.

PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana api dapur gas tiba-tiba bertukar warna oren?

Perkara ini boleh menyebabkan bahagian bawah atau buntut kuali menjadi hangit dan hitam.

Keadaan ini juga boleh meninggalkan kesan kerak yang sukar untuk disental dan dibersihkan.

Namun, ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini dan memastikan api dapur gas berfungsi dengan baik.

Anak panah menunjukkan bahagian dapur yang perlu dibetulkan.

Berikut adalah cara-cara untuk membetulkan nyalaan api dapur gas yang bertukar warna oren:

1. Periksa bahagian bawah dapur gas

Terbalikkan bahagian bawah dapur gas dan cari bahagian tungku yang bercantum dengan corong gas.

2. Laraskan posisi tungku

Pusingkan bahagian tersebut sehingga ia menutupi lubang yang ada. Penyesuaian ini akan membantu mengembalikan warna api kepada normal.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, api dapur gas seharusnya kembali kepada warna biru yang ideal.

Ini membolehkan anda terus memasak tanpa risau tentang masalah kerak pada kuali.

Turut diingatkan supaya sentiasa pastikan dapur gas anda dalam keadaan baik untuk memastikan keselamatan dan kecekapan semasa memasak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia