suria

Jangan dibuang kulit telur, boleh jadi serbuk pencuci DIY... Mudah sental kerak periuk, berkilat macam cermin

Kulit telur boleh digunakan untuk menjadi bahan pencuci.

KULIT telur sering dianggap tidak mempunyai fungsi berguna menyebabkan ramai yang membuangnya begitu sahaja.

Namun, tanggapan ini sebenarnya salah kerana kulit telur boleh dimanfaatkan sebagai pencuci jenis serbuk untuk menghilangkan kerak pada periuk.

Apa yang lebih menarik adalah serbuk pencuci DIY (do it yourself) yang dihasilkan daripada kulit telur ini mampu membersihkan kotoran pada ketuhar, permukaan dapur dan periuk.

Dalam satu perkongsian Home with Lese di Instagram, seorang individu menunjukkan cara pembuatan serbuk pencuci serta hasil daripada penggunaan bahan tersebut.

Bahan-bahan diperlukan:

1. Kulit telur

2. Baking soda

3. Bahan cucian jenis serbuk

Kisar bahan sehingga menjadi serbuk sebelum digunakan.

Cara-cara penyedian:

1. Rebus kulit telur selama beberapa minit.

2. Tapis dan buang air rebusan.

3. Bakar kulit telur dalam oven sehingga menjadi rapuh dan mudah dihancurkan.

4. Masukkan kulit telur yang dibakar bersama dua sudu baking soda dan satu sudu serbuk pencuci ke dalam mesin pengisar.

5. Kisar sehingga halus dan sedia digunakan untuk kawasan yang kotor.

Anda hanya perlu menaburkan serbuk ini dan menggosok dengan sedikit air sehingga mengeluarkan buih.

Fungsi bahan-bahan digunakan:

1. Kulit telur

Bertindak sebagai ejen penggosok semula jadi yang lembut untuk menyental.

2. Baking soda

Mampu menghilangkan kotoran yang sukar dan meneutralkan bau.

3. Serbuk pencuci

Membantu menghilangkan gris (minyak) dan kotoran dengan mudah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia