KEBERSIHAN dapur adalah kunci dalam memastikan makanan selamat untuk dimakan dan bebas daripada penyakit. Walaupun dapur kelihatan bersih pada pandangan mata kasar, terdapat banyak tempat tersembunyi yang mungkin tidak terjaga, terutama bahagian singki. Jika dibiarkan, karat dan kesan keputihan pada singki akan menjadi semakin sukar untuk dibersihkan, menyebabkan calar serta menjadikannya tempat ideal untuk pertumbuhan bakteria. Ramai beranggapan bahawa sinhki adalah kawasan paling bersih, tetapi karat dan kesan degil daripada air yang berklorin boleh mencemarkan permukaan dan mempengaruhi keselamatan makanan. Dalam satu perkongsian di saluran YouTube, pemilik akaun Crouton Crackerjacks menunjukkan cara membersihkan kesan kotor yang terbentuk pada celahan paip sinhki di rumahnya. Kawasan kotor boleh dibersihkan menggunakan cuka. Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan: 1. Tuang cuka ke dalam satu bekas kosong. 2. Rendam sehelai kain bersih ke dalam cuka selama satu minit. 3. Keringkan kawasan singki yang ingin dicuci. 4. Balut paip dan kawasan yang terkena klorin dengan kain yang direndam. 5. Biarkan selama satu jam. 6. Sental bahagian klorin menggunakan span cuci pinggan. Ulang langkah yang sama jika masih terdapat kotoran degil yang sukar ditanggalkan. Dengan cara ini, singki anda akan lebih bersih dan selamat untuk digunakan tanpa menggunakan sebarang produk cucian khas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube